Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengulangi pendirian kerajaan untuk terus membantu masyarakat India dalam meningkatkan struktur, budaya dan ekonomi mereka agar tidak tercicir daripada arus pembangunan negara.
"Komitmen ini dapat dilihat dengan jelas melalui pelbagai inisiatif khusus yang telah kita laksanakan selama ini serta komitmen kita dalam Bajet 2016 dan Rancangan Malaysia ke-11 yang akan menghasilkan satu pelan induk bagi hala tuju pembangunan sosioekonomi kaum India," katanya dalam perutusan sempena Hari Deepavali menerusi blog NajibRazak.com pada Ahad.
Sempena perayaan Deepavali yang akan disambut penganut agama Hindu pada Selasa ini, Najib berharap cahaya sambutan itu akan menerangi kehidupan semua rakyat Malaysia untuk hidup dalam aman dan harmoni.
"Dalam kita menyambut Pesta Cahaya yang membawa pengertian kejayaan cahaya mengatasi kegelapan dan kebaikan menumpaskan kezaliman, janganlah kita lupa untuk menerangi kehidupan mereka di sekeliling kita yang memerlukan bantuan dan pertolongan kita.
"Gunakanlah kesempatan seperti ini untuk melipatgandakan usaha kita demi memberi harapan yang lebih baik kepada masyarakat sekitar," katanya.
Najib berkata beliau yakin perayaan Deepavali akan disambut dengan penuh semangat muhibbah kerana sambutan sebegini dapat memupuk tali persaudaraan dan keharmonian yang lebih kukuh di kalangan semua kumpulan etnik di Malaysia.
"Sebagai sebuah negara, kita berasa amat bertuah kerana kita dapat mengamalkan tradisi-tradisi yang telah diamalkan sejak turun-temurun.
"Hidangan juadah yang enak dan keindahan rumah yang diterangi cahaya dan suasana kegembiraan adalah sesuatu yang dapat kita lihat ketika mengunjungi rumah terbuka sahabat-sahabat Hindu kita," kata Perdana Menteri.
Bernama
Sun Nov 08 2015
Komitmen membantu masyarakat India dapat dilihat dengan jelas melalui pelbagai inisiatif khusus yang telah dilaksanakan selama ini serta komitmen kerajaan dalam Bajet 2016 dan Rancangan Malaysia ke-11. - Gambar Hiasan
Anggota polis dikhuatiri lemas ketika mandi-manda bersama rakan di tali air
Seorang anggota polis berpangkat koperal dikhuatiri lemas akibat dihanyutkan air deras semasa mandi-manda bersama rakan-rakannya di tali air.
AWANI Ringkas: Hilang di laut | Kapal layar tersadai
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 22 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Disember 2024
1️⃣ Dua lelaki ditemui selamat selepas 5 hari
2️⃣ Kapal layar milik warga Rusia tersadai di Sarawak
3️⃣ Peruntukan khas RM3.17 juta untuk rumah ibadat India
#awaniringkas
1️⃣ Dua lelaki ditemui selamat selepas 5 hari
2️⃣ Kapal layar milik warga Rusia tersadai di Sarawak
3️⃣ Peruntukan khas RM3.17 juta untuk rumah ibadat India
#awaniringkas
Steven Sim bantu tujuh sekeluarga tinggal dalam kereta
Keperitan tujuh sekeluarga yang terpaksa tinggal di dalam kereta selepas ditipu tuan rumah, mendapat perhatian Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim.
AWANI 7:45 [22/12/2024] - Hampir 1,000 letak jawatan tahun 2023 | Seludup ke Eropah | Anjing serang kucing | Ribut ketika tidur
Lebih 4,000 doktor kontrak letak jawatan, tempoh tujuh tahun.
Sindiket dadah Thailand jadikan Malaysia sebagai transit.
Polis semak CCTV, serangan anjing liar punca kucing mati di Universiti Malaya.
Ribut landa Sabah, lebih 100 rumah rosak teruk di Semporna.
Sindiket dadah Thailand jadikan Malaysia sebagai transit.
Polis semak CCTV, serangan anjing liar punca kucing mati di Universiti Malaya.
Ribut landa Sabah, lebih 100 rumah rosak teruk di Semporna.
AWANI Global: ASEAN 2025 | Kesiapsiagaan Dan Agenda Kerjasama Serantau
Diskusi dan analisis mengenai kesiapsiagaan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025, agenda keterangkuman dan kelestarian kerjasama serantau dalam AWANI Global 9 malam ini.
Pulau Pinang salur RM70,000-RM80,000 kepada SJKT tingkat kemudahan asas
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di Pulau Pinang menerima peruntukan antara RM70,000 hingga RM80,000 setahun bagi menambah baik kemudahan asas.
Kerajaan Perpaduan boleh menang PRU, jika utamakan kesetiaan
Kerajaan Perpaduan berpeluang untuk terus mengekalkan kemenangan pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-16, jika aspek kesetiaan pada parti dan usaha menyatuni rakyat terus diberikan keutamaan.
Pasukan Jepun lancar penyelidikan bolehkan manusia tinggal di Bulan
Universiti Kyoto dan Kajima Corp. menyasarkan untuk membina prototaip berasaskan tanah bagi "Neo Lunar Glass", struktur paraboloid yang menjana graviti melalui putaran, menjelang 2030-an.
Personaliti Astro AWANI Nabilah Khaleeda sah bergelar isteri Mohamed Amirul
Berkongsi kisah perkenalan pasangan mempelai itu, Nabilah, 27, berkata perkenalan pertama adalah di zaman persekolahan pada awal 2010.
MAPIM saran NGO turut dilibatkan untuk bantu pesakit rakyat Palestin
MAPIM mencadangkan agar organisasi NGO di negara ini turut dilibatkan dalam usaha membantu pesakit dari Gaza yang dibawa ke Malaysia.
Seawal usia 4 tahun sudah terdedah misi bantuan banjir
Kini, Zhafran sudah 8 tahun dan tidak kekok ke hulu ke hilir mengangkat barangan sumbangan untuk mangsa-mangsa banjir.
Banjir: UMT hantar 400 sukarelawan bantu mangsa di Selangor, Pahang
Penghantaran sukarelawan itu akan dijalankan secara berperingkat ke negeri terjejas banjir bermula 25 hingga 27 Disember ini.
Pemandu bot bantu pindahkan mangsa banjir di Terengganu
Setiap kali tibanya musim tengkujuh dia memperuntutkan kira-kira RM300 bagi membeli minyak petrol.
COVID-19: "Sudah tiba masanya negara kaya bantu negara lain" - Tun M
Sekarang juga adalah masa untuk semua negara menghentikan sebarang bentuk serangan ketenteraan kepada mana-mana pihak, kata Dr Mahathir.
COVID-19: MAIS peruntuk RM2 juta bantu golongan terkesan
MAIS memperuntukkan sebanyak RM 2 juta untuk membantu 20,000 keluarga Islam yang terkesan akibat COVID-19.
Moto2: Hafizh terharu Tunku Ismail mahu hulur bantuan
Tunku Ismail menyatakan sentiasa sedia untuk membantu atlet negara yang memerlukan bantuan.
COVID-19: 31 hospital swasta bantu KKM - PM
KKM juga memperuntukkan RM27 juta pada 2021 untuk tujuan tersebut.
Kerajaan cari kaedah lebih realistik bantu rakyat terjejas pendapatan - Mustapa
Berdasarkan laporan sebelum ini, sekatan pergerakan yang tegas akan menyebabkan negara kehilangan pendapatan kira-kira RM2.4 bilion sehari.
Kerajaan Pusat, negeri perlu bekerjasama pastikan kebajikan mangsa banjir - Muhyiddin
Perdana Menteri berkata sebaliknya, usaha itu perlu diteruskan sehingga satu tempoh yang sesuai selepas mereka pulang ke rumah masing-masing.