Kerajaan akan terus bantu gelandangan - Najib

Bernama
Julai 14, 2015 12:34 MYT
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi jaminan bahawa kerajaan akan terus membantu golongan gelandangan di negara ini. -Gambar fail
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi jaminan bahawa kerajaan akan terus membantu golongan gelandangan di negara ini.
Semalam beliau melawat Pusat Khidmat Sementara Gelandangan di Lorong Medan Tuanku 2, Jalan Sultan Ismail di sini yang berfungsi sebagai pusat perkhidmatan dan pengedaran makanan bagi mereka yang memerlukan.
Pusat itu juga menyediakan kemudahan seperti tandas dan bilik air serta bilik solat.
"Tempat perlindungan sementara bagi gelandangan dan mereka yang memerlukan, pada bila-bila masa. Kami akan terus membantu dalam kehidupan seharian mereka," kata Najib dalam akaun Twitter beliau.
Beliau membalas tweet daripada NRC11-NajibRazakClub @NRC11 yang menyatakan: "Setahun lepas #NajibRazak datang sendiri meninjau isu dapur jalanan. Kini beliau kembali melihat pusat perlindungan yang dijanjikannya."

A temporary shelter for the homeless and needy, rain or shine. We will continue to help them in their daily lives https://t.co/RAoxhVTtu1

— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) July 14, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bantu #gelandangan #medan tuanku #najib #Pusat Khidmat Sementara