Kerajaan akan merangka kaedah untuk membantu golongan petani yang mengalami tempias ekoran penyusutan nilai ringgit, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
"Walaupun petani di negara ini tidak menerima elaun sara hidup seperti nelayan, mereka tidak perlu bimbang kerana pihak kementerian akan sentiasa memikirkan sistem jaringan keselamatan untuk kebaikan mereka," katanya.
Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan amanat kepada warga kementerian bersempena sambutan Hari Kebangsaan 2015 di sini hari ini, Ahmad Shabery berkata kementeriannya akan memantau kenaikan harga terutama barangan keperluan yang perlu diimport seperti beras, daging dan baja.
Katanya kajian impak kenaikan dolar Amerika (USD) terhadap sektor pertanian juga hampir siap dan akan diserahkan kepada Jawatankuasa Khas Ekonomi untuk melihat implikasinya sekiranya kejatuhan nilai ringgit berpanjangan.
"Walaupun pengeluaran beras, ikan dan ayam adalah mencukupi tetapi kita juga perlu lihat kesan-kesan lain misalnya penggunaan peralatan mesin, baja yang diimport dan melihat import itu pada dolar (USD)," katanya.
Dalam pada itu, beliau menafikan dakwaan bahawa elaun sara hidup golongan nelayan darat sebanyak RM1,200 akan dihentikan berikutan penyusutan nilai ringgit.
Terdahulu, Ahmad Shabery dalam amanatnya meminta warga kementerian mempertingkatkan jalinan kerjasama dan bergerak secara pasukan tanpa mengira kedudukan untuk memastikan kementerian kekal strategik dalam usaha membina benteng pertanian negara.
"Kita mahu meningkatkan keluaran industri pertanian dan saya tidak akan membenarkan mana-mana rakyat Malaysia miskin tanpa makanan di negara kita," katanya.
Ahmad Shabery turut melancarkan sembilan aplikasi mudah alih atau dikenali sebagai Mardi (Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia) Apps yang bertujuan menyokong aktiviti pemindahan teknologi, kompetensi serta pengetahuan kepada petani, pengusaha pertanian dan penternakan.
Sembilan aplikasi itu ialah Mardi Doktor Cili, Mardi Manual Lebah Kelulut, Mardi Direktori Usahawan, Mardi Fertigasi Cili, Mardi Fertigasi Melon, Mardi Hidroponik Salad, Mardi Padi Aerob, Mardi Cendawan Tiram Kelabu dan Mardi MyKonsultan.
Bernama
Thu Aug 27 2015
AHMAD SHABERY: Nafi dakwaan bahawa elaun sara hidup golongan nelayan darat sebanyak RM1,200 akan dihentikan berikutan penyusutan nilai ringgit.
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh pada Selasa dalam rusuhan oleh penunjuk perasaan yang menuntut supaya bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dibebaskan dari penjara.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
MAPIM saran NGO turut dilibatkan untuk bantu pesakit rakyat Palestin
MAPIM mencadangkan agar organisasi NGO di negara ini turut dilibatkan dalam usaha membantu pesakit dari Gaza yang dibawa ke Malaysia.
Seawal usia 4 tahun sudah terdedah misi bantuan banjir
Kini, Zhafran sudah 8 tahun dan tidak kekok ke hulu ke hilir mengangkat barangan sumbangan untuk mangsa-mangsa banjir.
Banjir: UMT hantar 400 sukarelawan bantu mangsa di Selangor, Pahang
Penghantaran sukarelawan itu akan dijalankan secara berperingkat ke negeri terjejas banjir bermula 25 hingga 27 Disember ini.
Pemandu bot bantu pindahkan mangsa banjir di Terengganu
Setiap kali tibanya musim tengkujuh dia memperuntutkan kira-kira RM300 bagi membeli minyak petrol.
COVID-19: "Sudah tiba masanya negara kaya bantu negara lain" - Tun M
Sekarang juga adalah masa untuk semua negara menghentikan sebarang bentuk serangan ketenteraan kepada mana-mana pihak, kata Dr Mahathir.
COVID-19: MAIS peruntuk RM2 juta bantu golongan terkesan
MAIS memperuntukkan sebanyak RM 2 juta untuk membantu 20,000 keluarga Islam yang terkesan akibat COVID-19.
Moto2: Hafizh terharu Tunku Ismail mahu hulur bantuan
Tunku Ismail menyatakan sentiasa sedia untuk membantu atlet negara yang memerlukan bantuan.
COVID-19: 31 hospital swasta bantu KKM - PM
KKM juga memperuntukkan RM27 juta pada 2021 untuk tujuan tersebut.
Kerajaan cari kaedah lebih realistik bantu rakyat terjejas pendapatan - Mustapa
Berdasarkan laporan sebelum ini, sekatan pergerakan yang tegas akan menyebabkan negara kehilangan pendapatan kira-kira RM2.4 bilion sehari.
Kerajaan Pusat, negeri perlu bekerjasama pastikan kebajikan mangsa banjir - Muhyiddin
Perdana Menteri berkata sebaliknya, usaha itu perlu diteruskan sehingga satu tempoh yang sesuai selepas mereka pulang ke rumah masing-masing.