Kerajaan akan pastikan Internet, media sosial selamat untuk semua - Fahmi

Afiezy Azaman
Julai 24, 2024 03:20 MYT
Fahmi berkata, aliran terkini menunjukkan jenayah tradisional telah mula ‘berpindah’ ke alam maya termasuk media sosial. - Gambar/ X@fahmi_fadzil
KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menyatakan kebimbangan mengenai isu jenayah dalam talian yang semakin berleluasa mutakhir ini.

Ringkasan AI
  • Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, menyatakan kebimbangan mengenai peningkatan jenayah dalam talian, termasuk di media sosial.
  • Beliau menghadiri taklimat dengan pegawai keselamatan tinggi untuk membincangkan langkah-langkah memastikan keselamatan dalam talian.
  • Kementerian Komunikasi akan mengambil tindakan terhadap platform media sosial berkait isu buli siber yang tidak diselesaikan dengan serius.

Beliau berkata, aliran terkini menunjukkan jenayah tradisional telah mula ‘berpindah’ ke alam maya termasuk media sosial.
"Pagi ini saya mendengar taklimat bersama Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara, Datuk Raja Nurshirwan Zainal Abidin; Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Lim Joo Soon.
"Insya-Allah kita akan usahakan yang terbaik untuk memastikan Internet termasuk media sosial lebih selamat untuk semua," katanya dalam satu muat naik di media sosial, pada Selasa.
Ahad lalu, Fahmi berkata, Kementerian Komunikasi akan mengambil tindakan terhadap beberapa platform media sosial, antara lain berkait isu buli siber yang berlaku di negara ini.
Ini kerana, beliau berpandangan platform terbabit tidak begitu serius dalam usaha menyelesaikan masalah sedang dihadapi rakyat Malaysia berkait media sosial.
Sebelum ini, media melaporkan Menteri Digital, Gobind Singh Deo, mencadangkan undang-undang baharu dipertimbang bagi meletakkan tanggungjawab kepada pemilik platform media sosial atas penyalahgunaannya, termasuk kes membabitkan buli siber.
Gobind dipetik berkata, ia bagi memastikan tiada penyalahgunaan berlaku dan sekiranya ada, tindakan segera boleh diambil untuk menghalang keadaan sedemikian daripada berterusan.

Isu jenayah dalam talian sangat membimbangkan. Trend menunjukkan jenayah tradisional telah mula berpindah ke cyberspace termasuk media sosial. Pagi ini saya mendengar taklimat bersama Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, dan Timbalan pic.twitter.com/INh9AU3rH5

— Fahmi Fadzil (@fahmi_fadzil) July 24, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#buli siber #Fahmi Fadzil #media sosial #jenayah