KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menilai semula pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berkuat kuasa khususnya di negeri-negeri yang sedang mengalami peningkatan kes-kes positif COVID-19 secara mendadak.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penilaian semula ini penting untuk dilakukan bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) yang berkuat kuasa dan tindakan yang diambil adalah berkesan untuk membendung penularan COVID-19 yang sedang meningkat di negara kita dan di seluruh dunia.
“Kerajaan telah pun menggunakan sistem amaran awal iaitu Hotspots Identification for Dynamic Engagement (HIDE), bagi mengenal pasti kawasan atau premis yang berisiko menyumbang kepada penularan COVID-19.
“Premis-premis ini akan diarah tutup jika dikesan telah dilawati oleh sejumlah besar mereka yang positif COVID-19,” kata Muhyiddin dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu.
Beliau menegaskan, pendekatan itu selari dengan keputusan kerajaan untuk mengawal dan membendung penularan jangkitan COVID-19 secara bersasar.
Melalui sistem tersebut, katanya, pemantauan dilakukan setiap hari bagi mengenal pasti lokasi- lokasi tumpuan awam yang berisiko tinggi.
“Saya menyeru orang ramai supaya sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan serta mengelakkan daripada berada di tempat yang sempit dan sesak bagi melindungi diri, keluarga dan masyarakat daripada jangkitan COVID-19,” jelas Perdana Menteri lagi.
Sejak beberapa minggu lalu, Malaysia terus mencatatkan peningkatan jumlah kes positif COVID-19 dengan kes yang direkodkan pada semalam (Jumaat) sebanyak 3,788, menjadikan jumlah kes kumulatif kepada 408,713.
Sementara jumlah kes aktif setakat ini pula ialah 29,277 kes.
Dalam perkembangan berkaitan, semalam juga, negeri Selangor mendahului senarai dengan 1,265 kes.
Fareez Azman
Sat May 01 2021
![Kerajaan akan nilai semula PKP di negeri kes COVID-19 meningkat secara mendadak - Perdana Menteri Kerajaan akan nilai semula PKP di negeri kes COVID-19 meningkat secara mendadak - Perdana Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/71619850534_muhyiddin.jpg)
Kerajaan akan nilai semula pelaksanaan PKP di negeri-negeri yang sedang mengalami peningkatan kes-kes positif COVID-19 secara mendadak, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Gambar fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![4,994 kes buli direkodkan dari Januari hingga Oktober 2023 4,994 kes buli direkodkan dari Januari hingga Oktober 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71698293096_LimHuiYing.jpg)
4,994 kes buli direkodkan dari Januari hingga Oktober 2023
Hui Ying memaklumkan kerajaan bercadang untuk menambah jumlah guru kaunseling sekiranya kes buli terus meningkat.
![Amir Masdi akhirnya lancar album selepas 7 tahun jadi artis Amir Masdi akhirnya lancar album selepas 7 tahun jadi artis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81688906156_TBAMIRMASDIALBUM.jpg)
Amir Masdi akhirnya lancar album selepas 7 tahun jadi artis
Bakat besar dimiliki penyanyi ini menarik pujian ramai. Selain memiliki karakter vokal tersendiri, Amir Masdi juga punya pesona tersendiri setiap kali muncul membuat persembahan.
![Rumah 'diconteng' bekas kartunis jadi galeri Rumah 'diconteng' bekas kartunis jadi galeri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71688470769_TBZulkefliDahlan.jpg)
Rumah 'diconteng' bekas kartunis jadi galeri
Seorang bekas kartunis mengisi masa terluang sepanjang tempoh PKP tiga tahun lepas dengan 'menconteng' dinding rumah rakannya di Kampung Melayu.
![Projek rumah sakit, lewat siap, terbengkalai dijangka meningkat Projek rumah sakit, lewat siap, terbengkalai dijangka meningkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61683633585_AkmalNasrullah.jpg)
Projek rumah sakit, lewat siap, terbengkalai dijangka meningkat
Jumlah projek perumahan swasta berstatus lewat, sakit dan terbengkalai dijangka meningkat susulan kesan PKP akibat penularan COVID-19 yang masih menjejaskan syarikat pemaju.
![Lahirkan insan holistik, seimbang perlu proses pembelajaran berterusan - Othman Lahirkan insan holistik, seimbang perlu proses pembelajaran berterusan - Othman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81685008069_TBOthmanLebar.jpg)
Lahirkan insan holistik, seimbang perlu proses pembelajaran berterusan - Othman
Insan holistik dan seimbang tidak boleh dicapai melalui satu sesi pembelajaran atau dalam tempoh satu semester sahaja.
![MB cadang tambah gerabak, kekerapan tren shuttle Tebrau ke Woodlands MB cadang tambah gerabak, kekerapan tren shuttle Tebrau ke Woodlands](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41684403402_TBonnhafizghazi.jpg)
MB cadang tambah gerabak, kekerapan tren shuttle Tebrau ke Woodlands
Cadangan itu difahamkan telah diutarakan kepada pihak KTMB dalam lawatan beliau ke stesen Johor Bahru Sentral pagi tadi.
![Asad Motawh tak suka menunjuk-nunjuk rumah sendiri Asad Motawh tak suka menunjuk-nunjuk rumah sendiri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61682428560_asadmotawh.jpg)
Asad Motawh tak suka menunjuk-nunjuk rumah sendiri
Masih muda, namun penyanyi dan pempengaruh Asad Motawh sudah memiliki aset sendiri iaitu rumah ketika usianya 19 tahun.
![Maggi tu saya patah dua, satu 'breakfast', satu lagi simpan 'dinner' - Amir Ahnaf Maggi tu saya patah dua, satu 'breakfast', satu lagi simpan 'dinner' - Amir Ahnaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/81681546209_TBAHNAFjpg.jpg)
"Maggi tu saya patah dua, satu 'breakfast', satu lagi simpan 'dinner'" - Amir Ahnaf
Amir bergelut sebagai anak seni terutama ketika pandemik dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
![Jaja Ishak tiada masalah terus bekerjasama dengan Hafidz Roshdi Jaja Ishak tiada masalah terus bekerjasama dengan Hafidz Roshdi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41681037466_HafidzRoshdiJaja.jpg)
Jaja Ishak tiada masalah terus bekerjasama dengan Hafidz Roshdi
Penerbit drama Jaja Ishak tidak punyai sebarang masalah untuk terus bekerjasama dengan pelakon yang terkait dengan kontroversi rumah tangga sebelum ini seperti Hafidz Roshdi.
![Permohonan nikah di Siam meningkat dua kali ganda Permohonan nikah di Siam meningkat dua kali ganda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41673229727_nikahThailand.jpg)
Permohonan nikah di Siam meningkat dua kali ganda
Peningkatan itu berlaku susulan pembukaan semula sempadan negara selepas ditutup selama hampir dua tahun.