Kerajaan akan bina institusi TVET di Gua Musang - Ahmad Zahid

Bernama
Julai 30, 2024 15:42 MYT
AHMAD ZAHID: Daripada 100 orang yang sertai TVET, sebanyak 98.7 peratus mendapat peluang pekerjaan terus dan segera, daripada pihak industri. - Foto BERNAMA
GUA MUSANG: Kerajaan akan membina Institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Gua Musang.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata pembinaan institusi TVET itu, bertujuan memberikan latihan dan peluang pekerjaan kepada anak-anak muda yang bersekolah dan membesar di kawasan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR), di daerah itu.
Beliau yang juga merupakan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata kursus yang dijalankan TVET mendapat perhatian di seluruh negara, dalam pelbagai industri.
"Daripada 100 orang yang sertai TVET, sebanyak 98.7 peratus mendapat peluang pekerjaan terus dan segera, daripada pihak industri.
"Kesemua mereka akan dibooking atau 'ditempah' daripada pihak industri, kerana kursus anjuran TVET amat bersesuai dengan permintaan majikan, untuk bekerja di seluruh negara," katanya.
Ahmad Zahid berkata demikian ketika merasmikan majlis pelancaran Pelan Pembangunan, Pusat Pertumbuhan Desa, Sungai Asap, KESEDAR, di sini, hari ini.
- BERNAMA
#institusi TVET #Gua Musang #Institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional #Ahmad Zahid Hamidi