Kerajaan agresif terangkan Belanjawan 2020 guna media sosial - Kian Ming

Wan Syamsul Amly
Oktober 18, 2019 15:53 MYT
KIAN MING: Jadi saya fikir kita perlu lebih agresif dalam menggunakan media sosial untuk menerangkan isu Belanjawan 2020 kepada rakyat. - Gambar Facebook
Kerajaan akan menggunakan media sosial dengan lebih agresif untuk memberi penjelasan mengenai Belanjawan 2020 yang dibentang di Dewan Rakyat pada 11 Oktober lepas.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dr Ong Kian Ming berkata, ia sekali gus usaha membetulkan sebarang persepsi salah yang timbul dari rakyat selepas pembentangan tersebut.
"Jadi saya fikir kita perlu lebih agresif dalam menggunakan media sosial untuk menerangkan isu Belanjawan 2020 kepada rakyat.
"Gunakan infografik, guna bahan yang disediakan bank pelaburan serta agensi audit sera bekerjasama dengan pihak seperti Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Astro AWANI.
"Perlu juga tingkatkan kesedaran serta debat mengenai belanjawan ini bersama orang ramai," katanya semasa sesi Forum Pasca Belanjawan 2020 yang dianjurkan oleh Securities Industry Development Corporation (SIDC) pada Jumaat.
BACA: Belanjawan 2020: Pembangunan sektor pelancongan dorong pertumbuhan syarikat penerbangan
BACA: Belanjawan 2020 tidak ketepikan Kelantan - Tun Mahathir
Kian Ming turut menjelaskan perspektif makro ke atas ekonomi negara dengan penekanan terhadap pasaran modal.
Selain itu Kian Ming turut membincangkan senario risiko yang disebabkan perang perdagangan yang sedang berlaku di antara Amerika Syarikat dan China apabila kerajaan berusaha memanfaatkan peralihan perdagangan ke negara ini.
Pada sesi kedua, empat lagi panel dijemput iaitu Pengarah Pejabat Belanjawan Negara, Encik Johan Mahmood Merican, Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid,
Pengerusi Bukan Eksekutif Axcelasia Inc, Dr Veerinderjeet Singh serta Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Hong Leong Investment Bank Bhd, Lee Jim Leng.
Panel-panel berkenaan berbincang isu merangkumi pecahan Belanjawan 2020 dan kesannya terhadap ekonomi negara khususnya pasaran modal.
Mereka membincangkan empat teras utama Belanjawan 2020 yang bertemakan Memacu Pertumbuhan Dan Keberhasilan Saksama Ke Arah Kemakmuran Bersama iaitu Memacu Pertumbuhan Ekonomi Dana Ekonomi Baharu dan Era Digital Pelaburan Ke Atas Rakyat, Meningkatkan Keupayaan Modal Insan, Mewujudkan Masyarakat Yang Bersatu, Inklusif dan Saksama serta Memulihkan Institusi dan Kewangan Awam​​​​​​.
Kesemua teras utama itu bertujuan menstabilkan semula kedudukan kewangan negara, sekali gus memberi faedah kepada rakyat bagi tempoh jangka panjang.
Moderator bagi forum berkenaan adalah Timbalan Ketua Pengarang Astro AWANI, Kamarul Bahrin Haron.
#Bajet 2020 #bank #Belanjawan 2020 #China #Dewan Rakyat #ekonomi #infografik #Islam #kerajaan #Lim Guan Eng #Mahathir Mohamad #media sosial #pelaburan #penerbangan #Senangkan Yang Susah
;