Kerajaan ada ruang untuk optimumkan perbelanjaan - Rafizi

Bernama
Oktober 14, 2024 16:40 MYT
Rafizi (foto) berkata penting untuk menunjukkan perbelanjaan kerajaan yang optimum tetapi pada masa yang sama, ekonomi negara perlu berkembang supaya pendapatan rakyat dapat meningkat. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaannya walaupun terdapat keperluan untuk meningkatkan hasil, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Ringkasan AI
  • Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaannya walaupun terdapat keperluan untuk meningkatkan hasil.
  • Penting untuk memastikan ekonomi negara berkembang supaya pendapatan rakyat dapat meningkat.
  • Kerajaan sedang melalui proses merasionalisasikan perbelanjaan, terutamanya subsidi, dan keputusan lanjut akan diumumkan oleh Perdana Menteri dalam belanjawan pada Jumaat ini.

Beliau berkata penting untuk menunjukkan perbelanjaan kerajaan yang optimum tetapi pada masa yang sama, ekonomi negara perlu berkembang supaya pendapatan rakyat dapat meningkat kepada tahap tertentu dan perbincangan untuk menjana hasil perlu dinilai berdasarkan dua faktor ini.
"Kami telah berbincang mengenai cara untuk (merasionalisasikan perbelanjaan kerajaan), (terutamanya) subsidi. Kami sedang melalui proses tersebut.
"Pada pendapat saya, itulah pendirian yang diambil kerajaan sekarang.
""Kita hanya perlu menunggu pengumuman oleh Perdana Menteri mengenai belanjawan pada Jumaat ini," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Tinjauan Ekonomi Malaysia ke-30 Bank Dunia di sini hari ini.
-- BERNAMA
#Rafizi Ramli #Belanjawan #optimum perbelanjaan #pendapatan rakyat
;