Kerahsiaan data pembayar cukai di MyTax selamat dan terjamin - LHDN

Hasimi Muhamad
Mac 1, 2023 18:51 MYT
LHDN memberi jaminan tersebut susulan dakwaan isu kebocoran data pembayar cukai yang sedang tular di platform media sosial - Foto fail
KUALA LUMPUR: Kerahsiaan data pembayar cukai di platform MyTax selamat dan terjamin kerana ia diindungi oleh teknologi keselamatan data yang diiktiraf.
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di dalam satu kenyataan menjelaskan, jaminan tersebut susulan dakwaan isu kebocoran data pembayar cukai yang tular di platform media sosial.
"LHDN memandang serius isu berkenaan. Antara dakwaan yang diterima ialah segala maklumat peribadi pembayar cukai boleh dicapai dengan mudah melalui platform MyTax.
"LHDN meletakkannya sebagai keutamaan tertinggi dalam usaha meningkatkan keyakinan serta kepercayaan pembayar cukai terhadap perkhidmatan yang diberikan dalam urusan pentadbiran percukaian," jelas kenyataan itu pada Rabu.
BACA: Program pengakuan sukarela taksiran disasar libat 500,000 pembayar cukai
BACA: Gunakan MyTax, pusat sehenti segala urusan berkaitan cukai pendapatan
Kenyataan itu turut menjelaskan, LHDN juga akan terus berusaha menambah baik mutu perkhidmatan serta bertindak secara proaktif dan telus bagi menangani isu kebocoran data.
#LHDN #media sosial #MyTax #cukai pendapatan
;