Keputusan UPSR2014: Jumlah pelajar dapat semua A menurun
Astro Awani
November 26, 2014 12:36 MYT
November 26, 2014 12:36 MYT
Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof berkata prestasi murid dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini memperlihatkan penurunan 0.02 mata dalam Gred Purata Nasional (GPN).
GPN tahun ini adalah 2.29 mata, penurunan daripada 2.27 mata pada 2013.
Tambah beliau, GPN bagi 2014 adalah lebih baik berbanding dengan GPN untuk 2011 (2.30) dan 2012 (2.31).
GPN, dan Subjek Gred Purata (GPMP) yang mengukur prestasi calon dalam mata pelajaran tertentu, beroperasi pada skala berkurangan di mana nilai indeks yang lebih rendah menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik.
Khair berkata peratusan pelajar mencapai semua A menyaksikan penurunan tahun ini dengan 36,304 berbanding 42,646 tahun lepas.
Peratusan calon yang mendapat di bawah pencapaian minimum (semua D atau E atau kombinasi kedua-dua gred) menurun sebanyak 0.49 peratus daripada 3.36 peratus pada 2013 dengan 2.87 peratus tahun ini.
Walaupun dengan penurunan semua A, beliau berkata lima mata pelajaran menyaksikan peningkatan GPMP, dengan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu (Penulisan) sebagai antara mata pelajaran itu.
Di Kuching, Sarawak seramai 1,862 pelajar atau 4.41 peratus dari 42,176 dari sekolah kebangsaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan di negeri Sarawak mendapat gred A dalam UPSR tahun ini.
Pengarah Pelajaran Negeri, Serina Sauni berkata pencapaian keseluruhan calon ini menunjukkan penurunan yang mendapat kesemua A dalam setiap matapelajaran tahun ini berbanding tahun lalu.
Menurut laporan Berita Harian, pada 2013 seramai 1,916 pelajar yang mendapat 4.49 peratus dan mempamerkan penurunan sebanyak 0.08 peratus.
Menurut Serina, peratus GPN tahun ini sama dengan tahun lalu iaitu sebanyak 2.52.
Di Pahang, seramai 1,257 calon dari 24,492 yang menduduki UPSR di Pahang dapat keputusan cemerlang semua A, menurut Pengarah Pendidikan Pahang Rosdi Ismail.