Keputusan UPSR diumum pada 17 Nov ini

Bernama
November 10, 2016 17:22 MYT
Seramai 452,721 calon berdaftar menduduki UPSR di 8,100 pusat peperiksaan di seluruh negara tahun ini. - Foto Astro AWANI / Shahir Omar
Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016 akan diumumkan pada Khamis (17 Nov) ini.
Kementerian Pendidikan dalam kenyataan hari ini berkata calon UPSR boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing mulai 10 pagi pada hari berkenaan.
"Calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan UPSR melalui mySMS 15888," menurut kenyataan itu.
Perkhidmatan itu akan diaktifkan bermula 10 pagi Khamis dan tamat pada 11.59 malam 23 November depan.
Seramai 452,721 calon berdaftar menduduki UPSR di 8,100 pusat peperiksaan di seluruh negara tahun ini. -- Bernama
#Kementerian Pendidikan #Keputusan diumum #Ujian Pencapaian Sekolah Rendah #UPSR
;