Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 akan diumumkan pada 3 Mac ini, kata Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
KPM dalam kenyataan hari ini berkata, calon-calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan SPM mereka dari sekolah masing-masing selepas 10 pagi hari yang sama.
Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar dahulu, kata kenyataan itu.
KPM juga menyediakan perkhidmatan semakan keputusan peperiksaan SPM melalui mySMS 15888 dengan menaip SPM jarak taip nombor kad pengenalan jarak taip angka giliran dan hantar ke 15888.
Perkhidmatan tersebut akan diaktifkan bermula 10 pagi, 3 Mac dan ditamatkan pada 11.59 malam, 9 Mac.
Kenyataan itu juga menyebut majlis pengumuman analisis keputusan SPM 2014 akan diadakan pada hari sama, pada 9 pagi di Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E di sini.
Seramai 455,839 calon mendaftar untuk menduduki SPM 2014 di 3,655 pusat peperiksaan di seluruh negara.
Daripada jumlah itu 400,351 adalah calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan; 8,241 calon sekolah di bawah agensi kerajaan selain KPM (contoh: Maktab Rendah Sains MARA); 7,957 calon sekolah menengah agama negeri; 12,066 calon sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM; 25,701 merupakan calon persendirian manakala baki 1,523 calon Sekolah Menengah Agama Rakyat.
Bernama
Tue Feb 17 2015
![Keputusan SPM 2014 diumum 3 Mac - KPM Keputusan SPM 2014 diumum 3 Mac - KPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-11/61383651800_295x200.jpg)
Calon-calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan SPM mereka dari sekolah masing-masing selepas 10 pagi hari yang sama.
![Aerotrain KLIA dijangka beroperasi semula pada suku pertama 2025 Aerotrain KLIA dijangka beroperasi semula pada suku pertama 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71677759533_AeroTrainAerotrai.jpg)
Aerotrain KLIA dijangka beroperasi semula pada suku pertama 2025
Langkah itu selaras dengan pelan penggantian Aerotrain di Terminal 1, KLIA yang dijadual siap sepenuhnya pada 31 Jan, 2025.
![Simpanan air mentah Empangan Muda, Bukit Merah terus rekod paras bahaya Simpanan air mentah Empangan Muda, Bukit Merah terus rekod paras bahaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720530545_EmpanganMUDA.jpg)
Simpanan air mentah Empangan Muda, Bukit Merah terus rekod paras bahaya
Lima lagi empangan menunjukkan baki stok simpanan air mentah semasa berada pada paras amaran.
![Imigresen Negeri Sembilan gempur penempatan haram warga asing Imigresen Negeri Sembilan gempur penempatan haram warga asing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721186039_tbpekerjawargaasin.jpg)
Imigresen Negeri Sembilan gempur penempatan haram warga asing
Seramai 69 warga Indonesia dan Bangladesh termasuk lapan wanita berusia dalam lingkungan 24 hingga 60 tahun diperiksa.
YB Kinabatangan mahu bawa 'tour' ke kawasan miskin tegar
"Saya rela bawa YB dua tiga hari, kita 'tour' di kawasan miskin tegar. Biar YB nampak keparat macam mana corak kemiskinannya. Jalan raya tiada, elektrik tiada ,air tiada," kata YB Kinabatangan.
#SisiTVParlimen
#SisiTVParlimen
![Pupuk minat STEM, PM arah MOSTI senaraikan 100 saintis anjur program di sekolah Pupuk minat STEM, PM arah MOSTI senaraikan 100 saintis anjur program di sekolah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719399897_TBAnwarIbrahim.jpg)
Pupuk minat STEM, PM arah MOSTI senaraikan 100 saintis anjur program di sekolah
Anwar berkata inisiatif tersebut perlu dilakukan bagi meningkatkan minat pelajar kepada Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) yang dilaporkan semakin berkurangan sekarang.
![Punca kematian Nur Farah Kartini belum dapat disahkan - Polis Punca kematian Nur Farah Kartini belum dapat disahkan - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719741220_tbHusseinOmarKhan.jpg)
Punca kematian Nur Farah Kartini belum dapat disahkan - Polis
Punca kematian Nur Farah Kartini Abdullah masih belum dapat disahkan berikutan bahagian dada dan mukanya yang reput ketika dijumpai.
10 daerah termiskin, lapan daripadanya adalah di Sabah
Menteri Ekonomi perincikan 10 daerah termiskin di Malaysia dan lapan daripadanya adalah di Sabah. Ia termasuk Tongod, Beluran, Pitas, Kinabatangan, Kota Marudu, Tuaran, Ranau dan Lahad Datu.
#SisiTVParlimen
#SisiTVParlimen
![Jenazah Nur Farah Kartini dikebumi di Pekan Jenazah Nur Farah Kartini dikebumi di Pekan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721056502_tbNurFarahKartini.jpg)
Jenazah Nur Farah Kartini dikebumi di Pekan
Abang kepada mangsa berkata lokasi sebenar pengebumian adik bongsunya itu akan dimaklumkan kelak.
![Hilang kata-kata terima berita nahas MH17 - Azharuddin Hilang kata-kata terima berita nahas MH17 - Azharuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81692355642_DCA.jpg)
Hilang kata-kata terima berita nahas MH17 - Azharuddin
Ketika itu, Azharuddin ligat berfikir, apa harus diperkatakan kerana semua sudah tahu orang kesayangan mereka telah tiada.
![Laluan penerbangan baharu keputusan komersial syarikat penerbangan - MOT Laluan penerbangan baharu keputusan komersial syarikat penerbangan - MOT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718952637_MAHB.jpg)
Laluan penerbangan baharu keputusan komersial syarikat penerbangan - MOT
Keputusan berkenaan juga berasaskan aspek daya maju komersial laluan terbabit.
![Pilihan raya Eropah: Puak haluan kanan tengah umum kemenangan Pilihan raya Eropah: Puak haluan kanan tengah umum kemenangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718020789_TBUrsulavonderLeyen.jpg)
Pilihan raya Eropah: Puak haluan kanan tengah umum kemenangan
von der Leyen berkata beliau akan bekerjasama dengan kumpulan politik dari kiri tengah dan liberal yang pada asalnya menyokongnya untuk memenangi pelantikan semula.
![Kimberly tinggalkan skuad terjun pada usia 22 tahun Kimberly tinggalkan skuad terjun pada usia 22 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716337895_KimberlyBong.jpg)
Kimberly tinggalkan skuad terjun pada usia 22 tahun
Ia jelas menimbulkan banyak pertanyaan tentang punca sebenar mengumumkan keputusan itu.
!['Saya akan beri keputusan dalam masa singkat' - Anwar 'Saya akan beri keputusan dalam masa singkat' - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713580724_TBANWARSINGKAT.jpg)
'Saya akan beri keputusan dalam masa singkat' - Anwar
Ketua-ketua cabang di Sabah telah memberikan pandangan dan keputusan akan dipertimbang dalam masa terdekat.
![Sukan Asia: Speedy Tigers laung amaran awal dengan belasah Thailand 9-0 Sukan Asia: Speedy Tigers laung amaran awal dengan belasah Thailand 9-0](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41695533913_TeamHoki.jpg)
Sukan Asia: Speedy Tigers laung amaran awal dengan belasah Thailand 9-0
Skuad hoki lelaki kebangsaan melaungkan amaran awal dalam pemburuan pingat emas Sukan Asia Hangzhou 2022, selepas membelasah Thailand 9-0 pada aksi sulung.
![Malaysian Tigers naib juara Trofi Juara-juara Asia Malaysian Tigers naib juara Trofi Juara-juara Asia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81691899763_MalaysianTigers.jpg)
Malaysian Tigers naib juara Trofi Juara-juara Asia
HASRAT skuad hoki lelaki negara untuk mencipta sejarah saingan Trofi Juara-Juara Asia tidak kesampaian apabila tewas 3-4 kepada India dalam perlawanan akhir di Stadium Mayor Radhakrishnan, Chennai.
![PRN: SPR kemas kini sistem, percepat umum keputusan PRN: SPR kemas kini sistem, percepat umum keputusan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51688355375_PENGERUSISPR.jpg)
PRN: SPR kemas kini sistem, percepat umum keputusan
Penambahbaikan itu dilakukan bagi membolehkan keputusan diumum lebih awal berbanding pilihan raya sebelum ini.
![Aaron-Wooi Yik naib juara Terbuka Indonesia Aaron-Wooi Yik naib juara Terbuka Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81687088880_WooiYikAaron.jpg)
Aaron-Wooi Yik naib juara Terbuka Indonesia
Aaron-Wooi Yik yang merupakan pilihan kedua kejohanan tewas kepada gandingan dari India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty di Istora Senayan, Jakarta.
![Mahkamah tolak permohonan ibu tunggal batal penukaran agama 3 anak secara unilateral Mahkamah tolak permohonan ibu tunggal batal penukaran agama 3 anak secara unilateral](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71683800607_TBCourtHammer.jpg)
Mahkamah tolak permohonan ibu tunggal batal penukaran agama 3 anak secara unilateral
Mahkamah Tinggi menolak permohonan ibu tunggal, Loh Siew Hong untuk mencabar penukaran agama tiga anaknya kepada Islam secara unilateral tanpa persetujuannya oleh bekas suaminya.
![Keputusan STAM diumum 18 April ini Keputusan STAM diumum 18 April ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/41652256020_PEPERIKSAAN.jpg)
Keputusan STAM diumum 18 April ini
Keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) akan diumumkan pada 18 April ini.
![Pemilihan UMNO: Hanya keputusan Naib Ketua Pemuda belum boleh dimuktamad - Shahrir Pemilihan UMNO: Hanya keputusan Naib Ketua Pemuda belum boleh dimuktamad - Shahrir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/71677461069_TBUMNO.jpg)
Pemilihan UMNO: Hanya keputusan Naib Ketua Pemuda belum boleh dimuktamad - Shahrir
Hanya keputusan pertandingan bagi jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO dalam pemilihan sayap parti itu yang belum boleh dimuktamadkan pada malam ini.