Keputusan rayuan ke sekolah khusus esok

Bernama
April 19, 2023 14:42 MYT
Sekolah khusus terbabit adalah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA).
PUTRAJAYA: Keputusan penawaran serta penempatan murid Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 kategori Rayuan ke Sekolah Khusus bagi sesi 2023/2024 dikeluarkan esok (20 April), demikian menurut Kementerian Pendidikan (KPM).
Sekolah khusus terbabit adalah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA).
KPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan bagi kategori rayuan itu, seramai 1,783 murid Tingkatan 1 dan 404 murid Tingkatan 4 ditawarkan ke SBP manakala 1,886 murid Tingkatan 1 dan 971 murid Tingkatan 4 ditawarkan ke SMKA.
Semakan keputusan boleh dibuat melaluipautan https://spskt1.moe.gov.my bagi Tingkatan 1 dan https://spskt4.moe.gov.my bagi Tingkatan 4.
-- BERNAMA
#Kementerian Pendidikan #Rayuan ke Sekolah Khusus #sekolah berasrama penuh #SMKA
;