Keputusan PT3 terima reaksi pelbagai pihak

Astro Awani
Disember 23, 2014 14:07 MYT
Keputusan PT3 terima reaksi pelbagai pihak - Gambar fail
Ujian Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) yang dilaksanakan buat pertama kali pada tahun ini menerima pelbagai reaksi dan persepsi daripada pelajar, ibu bapa dan guru.
Tiada data rasmi dikeluarkan daripada Kementerian Pendidikan mengenai PT3 tahun ini berbanding peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).
Keputusan dan penilaian PT3 pelajar dibuat oleh sekolah masing masing.
Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara, Nik Faruk Fadzil ketika ditemu bual di dalam slot Agenda Awani pada Isnin berkata, ibu bapa tidak diberikan maklumat menyeluruh mengenai penilaian dan pemahaman PT3 ini.
Sementara itu, Pengerusi Majlis Perundingan PIBG Zon Gombak, Abdul Rahman Abdullah berkata, PT3 bertujuan mengubah minda pelajar yang berpandukan kepada buku selain ibu bapa perlu lebih bekerjasama dengan sekolah untuk membantu pelajar bersedia menghadapi PT3.
Tahun ini merupakan kali pertama PT3 dilaksanakan bagi menggantikan PMR yang diperkenalkan sejak 1993.
#persepsi #PIBG #PMR #PT3 #reaksi #sekolah
;