Keputusan perkahwinan sesama jenis di AS, netizens Malaysia kongsi pandangan

Syafique Shuib
Jun 27, 2015 13:05 MYT
Mahkamah Agung Amerika Syarikat pada Jumaat memutuskan pasangan gay dan lesbian mempunyai hak berperlembagaan untuk berkahwin. - Foto AFP/Timothy A. Clary
MAHKAMAH Agung Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat memutuskan pasangan gay dan lesbian mempunyai hak berperlembagaan untuk berkahwin di semua 50 negeri di negara itu.
Lapor AFP, dengan keputusan 5-4, mahkamah tertinggi di Amerika Syarikat itu memutuskan bahawa di bawah Perlembagaan, golongan gay dan lesbian boleh berkahwin di mana sahaja mereka tinggal di AS dan pihak berkuasa negeri tidak boleh melarang perkahwinan sesama sejenis.
Ia merupakan satu keputusan bersejarah mengenai perkahwinan sesama sejenis kerana perkahwinan di AS dikawal selia di peringkat negeri.
Di Malaysia, warga media sosial berbelah bagi mengenai isu ini.
Ada yang anggap perkahwinan dan hubungan sejenis sebagai salah dan bertentangan dengan ajaran agama:

Sebenarnya aku risau jugak dengan "kebebasan perkahwinan sejenis" kat us ni. Makin lama makin kebelakang. Ingat kaum nabi Luth?

— Nadia. Just Nadia (@Cool_Nadia) June 26, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Akta kawin sejenis diluluskan di US. Jauhkan negara ini dari benda yg boleh jadi kemurkaanNya.

— Ajim (@ajimkoboi) June 26, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Barack Obama dh announce pasal gay and lesbian boleh kawin kt seluruh negeri di US..makin ramai la yg kawin sejenis nnti, nauzubillah /p>— Farzana (@farzana_adilah) June 26, 2015

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Geli je kawin sejenis nih.

— aby. (@HilmiRuzaidee) June 27, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Kahwin sejenis kat Amerika sah di sisi undang2? Hmm.. kiamat nak dekat. Bersedialah semua

— athirah iylia (@iyliaCantik) June 26, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

The fact is the #samesexmarriage is wrong !! Wake up James !! You're far toooo lost !

— amandatahir (@fadhilahtahir) June 26, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

So, gay marriage is permitted all over US. Equality diorang kata. Walhal survey kata >70% tak setuju.

— Redzwan (@RedzDerCzar) June 26, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pengguna Twitter yang dikenali sebagai @goodballsz tiada masalah dengan kaum gay, namun tidak senang dengan perkahwinan sejenis:

Legalized same-sex marriage, I don't have anything against gay people but this is one of those things that I can never seem to comprehend.

— another bystander (@goofballsz) June 26, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ada juga netizen yang setuju dengan keputusan ini dan meluahkan kegembiraan ini.

OMG! Same-sex marriage is now legal in ALL 50 states in the United States! Omg I am sooooo happy for you guys!... http://t.co/4tABCiKDPs

— Sheryl Ho Su Lynn (@sherylhosulynn) June 26, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

congratulations, America! same-sex marriage is now legal in every state of Americaaaaa. #SCOTUSMarriage #LoveWins #Equality

— jessicaaaaaaa (@JessicaYane) June 26, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
@inbarajs berkata seseorang itu tidak perlu suka atau sokong perkahwinan sesama sejenis, asalkan tidak membenci:

You don't have to like or support gay marriage, just support freedom of sexuality. Let ppl do what they love. Don't hate. It's that easy

— Inbam (@Inbarajs) June 26, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Gay marriage is finally legal in US? Can i fly there already.

— Aria Montgomery (@OfficialJoannaJ) June 27, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Lapor AFP, keputusan ini masih berbelah bagi di AS, khusunya di antara aktivis pro gay dan lesbian dan puak konservatif.
Bagi aktivis gay dan lesbian, ini merupakan antara kes hak sivil yang paling penting dalam era moden.
Bagi pengkritik, mereka tidak setuju kerana ini telah mengubah definisi perkahwinan tradisional.
Ketua Hakim John Roberts – yang merupakan antara empat hakim yang tidak setuju dengan perkahwinan sesama sejenis – meluahkan kekecewaan beliau dengan keputusan ini.
“Ramai orang akan bergembira dengan keputusan ini. Tetapi bagi mereka yang percaya kepada undang-undang kerajaan, bukan manusia, pendekatan majoriti ini amat mengecewakan," kata beliau dalam satu kenyataan bertulis.
Seorang lagi hakim yang tidak setuju, Antonin Scalia, berkata keputusan ini akan “mengancam demokrasi Amerika”.
Sementara itu, Presiden AS Barack Obama memuji keputusan itu.
“Keputusan ini adalah kemenangan untuk Amerika. Keputusan ini mengesahkan apa yang berjuta-juta rakyat Amerika percaya dalam hati mereka. Apabila semua rakyat Amerika benar-benar dianggap sebagai sama, kami lebih bebas," kata Obama dari White House.
#Barack Obama #gay #lesbian #Mahkamah Agung Amerika Syarikat #media sosial #netizen #perhakwinan sesama sejenis
;