Keputusan peperiksaan SPMU 2024 keluar 1 Oktober ini - KPM

Bernama
September 24, 2024 13:22 MYT
Seramai 8,195 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPMU Tahun 2024 di 187 pusat peperiksaan di seluruh negara. - Gambar hiasan/Bernama
PUTRAJAYA: Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) Tahun 2024 akan dikeluarkan pada 1 Oktober ini, kata Kementerian Pendidikan (KPM).
Seramai 8,195 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPMU Tahun 2024 di 187 pusat peperiksaan di seluruh negara, mengikut KPM dalam kenyataan di sini hari ini.
KPM memaklumkan calon boleh membuat semakan keputusan peperiksaan SPMU Tahun 2024 secara dalam talian di pautan myresultspmu.moe.gov.my bermula pukul 10 pagi pada 1 Oktober sehingga 6 petang 7 Okt ini.
Kaedah lain adalah melalui sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan dengan menaip SPMUNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 15888.
Sistem itu akan diaktifkan mulai 10 pagi pada 1 Okt sehingga 6 petang pada 7 Okt ini.
-- BERNAMA
#Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan #keputusan peperiksaan #Kementerian Pendidikan #SPMU
;