KUALA LUMPUR: Keputusan Mahkamah Persekutuan membatalkan 16 peruntukan kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 pada Jumaat lepas, hanya kerana ia melangkaui bidang kuasa yang diberikan kepada Badan Perundangan Negeri (DUN).
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) Jabatan Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini menjelaskan bagaimanapun, perbuatan yang bertentangan dengan hukum Islam masih menjadi suatu kesalahan di bawah hukum syarak.
"Kesalahan yang sama masih boleh diambil tindakan penguatkuasaan di bawah undang-undang yang berkaitan seperti liwat di bawah Kanun Keseksaan dan perbahasaan halal di bawah Akta Perihal Dagangan.
"Keputusan ini juga daripada satu segi boleh disifatkan sebagai pengukuhan terhadap perundangan Islam di Malaysia apabila Mahkamah Persekutuan dalam penghakimannya menyatakan bahawa hukuman takzir yang terdapat dalam Mahkamah Syariah adalah selari dengan Kanun Keseksaan di Mahkamah Sivil, dan indikasinya menunjukkan bahawa telah wujud pengharmonian antara bidang kuasa Sivil dan Syariah," menurut kenyataan itu.
Justeru, keputusan berkenaan memberi maksud bahawa DUN berperanan untuk memastikan setiap enakmen yang digubal tidak melampaui kuasa yang ada padanya sebelum sesuatu peruntukan digubal.
Pada Jumaat lepas, Mahkamah Persekutuan dalam keputusan majoriti 8-1 memutuskan bahawa 16 peruntukan kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 adalah batal dan tidak sah atas alasan Badan Perundangan Negeri tidak mempunyai kuasa untuk menggubal peruntukan itu kerana terdapat undang-undang Persekutuan meliputi kesalahan sama.
Mahkamah Persekutuan membuat keputusan itu dalam petisyen yang dikemukakan oleh Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya, Tengku Yasmin Nastasha Abdul Rahman bagi mencabar isu perlembagaan untuk membatalkan 18 peruntukan kesalahan di bawah enakmen berkenaan.
Dalam pada itu, JKSM turut menepis kenyataan sesetengah pihak yang mendakwa kesalahan berkhalwat dan minum arak tidak termasuk dalam kategori kesalahan yang diisytiharkan oleh mahkamah sebagai tidak sah dan terbatal.
Menurut JKSM, bagi kesalahan sumbang mahram, apabila mahkamah mengisytiharkan ia tidak sah dan terbatal, tidak bermakna sumbang mahram tidak lagi menjadi kesalahan bagi orang Islam di Kelantan, sebaliknya ia tidak sah kerana undang-undang terbabit telah diperuntukkan dalam Kanun Keseksaan yang merupakan undang-undang Persekutuan.
"Jika orang Islam di Kelantan melakukan kesalahan sumbang mahram, kesalahan itu boleh dibicarakan di Mahkamah Sivil. Malah, hukuman yang diperuntukkan dalam Kanun Keseksaan juga lebih tinggi, berbanding dengan hukuman yang diperuntukkan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan," menurut kenyataan itu.
JKSM turut menjelaskan bahawa keputusan mahkamah dalam kes Nik Elin Zurina hanya melibatkan bidang kuasa Persekutuan dan negeri yang boleh menggubal undang-undang bagi kesalahan berkenaan dan tidak bermakna orang Islam di Kelantan tidak boleh dikenakan hukuman kerana melakukan kesalahan terbabit.
"la hanya tidak boleh dibicarakan di Mahkamah Syariah, namun boleh dibicarakan di Mahkamah Sivil.
"Secara tidak langsung, dengan adanya peruntukan di bawah Kanun Keseksaan juga, kesalahan itu boleh dipertuduhkan kepada tertuduh dalam kalangan orang Islam dan orang bukan Islam.
"Contohnya, kesalahan muncikari apabila OKT (Orang Kena Tuduh) orang Islam bekerjasama dengan OKT bukan Islam, kedua-duanya boleh dibicarakan di Mahkamah Sivil. Berbanding jika kesalahan dibicarakan di Mahkamah Syariah, hanya orang Islam yang boleh dibicarakan di Mahkamah Syariah. Orang bukan Islam tidak tertakluk di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah," menurut JKSM.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 11 2024

Pada Jumaat lepas, Mahkamah Persekutuan dalam keputusan majoriti 8-1 memutuskan bahawa 16 peruntukan kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 adalah batal dan tidak sah. - Gambar fail/Bernama
Tiga pemain ski dikhuatiri maut dalam insiden runtuhan salji
Menurut jurucakap untuk Alaska State Troopers pada Khamis, setakat ini, usaha mencari mangsa yang tertimbus terpaksa ditangguhkan susulan keadaan cuaca yang buruk.

Malaysia-Thailand terus berusaha capai kejayaan bersama - PM Anwar
Malaysia dan Thailand akan terus berusaha mencapai kejayaan bersama-sama dan juga rantau ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bom jatuh, penduduk gesa penghentian latihan tembakan segera
Menurut wakil penduduk Pocheon, Kang Tae-il, dia juga menyeru pelaksanaan langkah yang konkrit bagi mencegah insiden sedemikian berulang pada masa hadapan.
15 cedera bom mendarat di luar kawasan sasaran
Menurut Angkatan Udara Korea Selatan, daripada jumlah tersebut, dua dilaporkan mengalami kecederaan serius.
AirAsia pindahkan perkhidmatan domestik di LTSAAS ke KLIA T2 berkuat kuasa 7 April
AirAsia akan memindahkan perkhidmatan domestiknya dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Lapangan Terbang Subang) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA T2) berkuat kuasa 7 April.
NGO anjur perhimpunan aman Hari Al-Quds
MAPIM menyeru semua yang mempunyai nilai kemanusiaan untuk menyertai perhimpunan Hari Al-Quds Antarabangsa di depan kedutaan Amerika Syarikat pada 28 Mac.
Audit penerima dana USAID, pastikan tiada campur tangan asing
Kerajaan digesa memastikan tiada campur tangan asing dalam urusan politik dan pentadbiran negara menerusi bantuan dana yang disalurkan oleh Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat.
10 Berita Pilihan - (6 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hanya 27 peratus responden tahu sepenuhnya hak kewangan
Tahap kesedaran rakyat mengenai hak kewangan yang boleh dituntut di mahkamah masih rendah, dengan hanya 27 peratus yang mendakwa mereka mengetahui secara menyeluruh mengenai perkara tersebut.
Mahkamah sekat akses akaun bank luar negara, saham berkaitan 1MDB
Sekatan itu melibatkan wang berjumlah AS$4.5 juta yang didakwa berada di dalam akaun bank Putera Faisal di Riyad Bank, Arab Saudi dan 12 juta unit saham milik Stadlen yang kini dipegang syarikat pengurASan aset di United Kingdom (UK).

Kes Nik Elin: Bukan ‘Black Friday’, UMNO sokong usaha perkasa Mahkamah Syariah - Mohamad Hasan
UMNO menyokong segala usaha untuk memperkasakan Mahkamah Syariah termasuk jika perlu melakukan pindaan Perlembagaan.