Keputusan kajian Ivermectin akan dibentangkan minggu hadapan

Astro Awani
Oktober 29, 2021 12:23 MYT
Ivermectin menjadi perbualan hangat sejak beberapa bulan lepas selepas ada pihak mendakwa ubat tersebut mampu membantu untuk menyembuhkan jangkitan COVID-19. - Foto REUTERS
KUALA LUMPUR: Perdebatan hebat mengenai pil Ivermectin akan diselesaikan tidak lama lagi.
Demikian kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerusi ciapan di Twitter beliau pada pagi Jumaat.
Menurutnya, kajian tempatan berkaitan ubat tersebut sudah selesai dan keputusan sudah diperolehi.
Keracunan Ivermectin | Dua kes dikesan pusat racun negara
“Perdebatan hebat tempatan mengenai Ivermectin akan diselesaikan tidak lama lagi. Kami melakukan kajian tempatan tentang Ivermectin dan hasilnya sudah ada.
“Dr Kalai (Pengarah Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) Kementerian Kesihatan (KKM), Dr Kalaiarasu Peariasamy) akan membentangkan ini secara terbuka minggu depan,” ciapnya.

The great debate locally on #Ivermectin will be settled soon. We did a local study on Ivermectin and the results are in. @drkalai61 will be presenting this publicly next week. https://t.co/2CEWPjKhVw

— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) October 29, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ivermectin menjadi perbualan hangat sejak beberapa bulan lepas selepas ada pihak mendakwa ubat tersebut mampu membantu untuk menyembuhkan jangkitan COVID-19.
Bahkan, akhbar tempatan sebelum ini juga melaporkan promosi penjualan Ivermectin sebagai ubat yang didakwa mampu menyembuhkan jangkitan COVID-19 semakin agresif di pasaran gelap serta media sosial.
Ivermectin | KKM, MCMC jangan lepas tangan
Astro AWANI pada Ogos lepas melaporkan polis sedia membantu jika pihak Kementerian Kesihatan (KKM) membuat aduan berhubung penjualan secara haram ubat Ivermectin sebagai penawar COVID-19.
BACA: Penjualan Ivermectin: Polis sedia bantu KKM - Mazlan
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mazlan Lazim berkata isu penjualan ubat berkenaan berada di bawah KKM mengikut Akta Racun 1952.
#Khairy Jamaluddin #KKM #Ivermectin #Mazlan Lazim
;