Keputusan iktiraf UEC hanya boleh dibuat kerajaan - Dr Mahathir
Bernama
April 3, 2019 04:58 MYT
April 3, 2019 04:58 MYT
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa keputusan untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) hanya boleh dibuat oleh kerajaan.
Beliau berkata keputusan yang dibuat dalam mesyuarat Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang Malaysia bagi mengiktiraf sijil itu hanyalah pendapat mereka sahaja.
"Kalau kita nak iktiraf, kerajaanlah mesti iktiraf," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu di sini pada Rabu.
Pengerusi lembaga kelayakan itu merangkap Peguam Negara Tommy Thomas, sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa kelayakan UEC pada tahap Senior Middle 3 boleh diterima sebagai memenuhi syarat kelayakan di peringkat STPM bagi tujuan menduduki Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (CLP) mulai 2021.
-- BERNAMA
#Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang Malaysia
#Mahathir Mohamad
#mengiktiraf UEC
#Perdana Menteri
#Sijil Peperiksaan Bersama