Keputusan benarkan Lynas kembali beroperasi tepat pada masa - Redzuan

Bernama
Mei 31, 2019 04:42 MYT
REDZUAN: Keputusan itu akan menggalakkan pertubuhan usahawan-usahawan untuk berkecimpung dalam industri yang sedang giat dibangunkan.
Langkah kerajaan membenarkan kembali Lynas Corp terus beroperasi dapat menggalakkan pertumbuhan usahawan untuk berkecimpung dalam industri yang sedang giat dibangunkan dalam negara.
Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Redzuan Yusof berkata keputusan itu adalah suatu langkah tepat daripada kerajaan yang juga dilihat dapat menggalakkan pelaburan dari luar negara.
"Kenyataan Tun Dr Mahathir tepat kerana ini akan mengalakan pelaburan dari luar dan menggalakkan pertubuhan usahawan-usahawan untuk berkecimpung dalam industri yang sedang giat dibangunkan," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Tun Dr Maharhir mengenai keputusaan kerajaan membenarkan kembali Lynas beroperasi.
Terdahulu beliau merasmikan majlis Iftar Perdana Bersatu Masjid Tanah dan jualan barangan asas harga patut di Sri Pantai, Pengkalan Balak, Masjid Tanah pada Sabtu.
-- BERNAMA
#Lynas Corp #pelaburan #Redzuan Yusof #TUN DR MAHATHIR #usahawan
;