Kepulauan Borneo, pasaran baharu luaskan pemasaran produk

Ehsan A Marisah
Jun 3, 2021 11:55 MYT
Borneo ialah kepulauan ketiga terbesar di dunia dan berpotensi besar menawarkan kelebihan menguntungkan kepada usahawan dan peniaga tempatan.
KUALA LUMPUR: Menerokai pasaran tempatan secara lebih meluas, sehingga merentasi sempadan Malaysia Timur, seharusnya menjadi fokus para usahawan.
Selain menumpukan kepada pasaran di Semenanjung Malaysia, mereka digalak mengembangkan pasaran ke Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, yang juga berpotensi besar menawarkan kelebihan menguntungkan.
Susulan penularan pandemik COVID-19, yang meninggalkan kesan kepada perniagaan, penggunaan teknologi dapat membantu dalam memasarkan produk dengan cepat di Malaysia Timur.
Selain itu, pasaran produk dapat diperluas apabila usahawan atau peniaga tempatan memahami beberapa aspek merangkumi perjalanan, sikap pengguna dan evolusi pasaran di Malaysia Timur serta mempelajari teknik dan panduan daripada mereka yang berpengalaman.
Justeru, Astro AWANI | LINC membawakan siri webinar ‘Marketing Insider: Borneo Edition, Localise your product marketing and win over East Malaysians’ yang bertujuan memberi pendedahan serta peluang kepada usahawan di seluruh negara memasarkan produk dan memenangi hati penduduk di kepulauan Borneo.
Sertai diskusi secara mendalam yang dikendalikan Penyampai Astro AWANI, Dino Omar bersama ahli panel hebat, terdiri daripada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Media Sarawak, Suhaimi Sulaiman; Ketua Pemasaran dan Pegawai Komunikasi Bank Rakyat, Nizam Sani; Pengurus Pemasaran Daily Express, Dexter Yeh dan Pengurus Besar Astro Radio Malaysia Timur, Hafizuddin Nizamuddin.
Daftar sekarang di linc.astroawani.com dan ikutinya pada 8 Jun ini, jam 11 pagi.
#marketing #COVID-19 #pandemik #Suhaimi Sulaiman #usahawan #peniaga #Borneo #Sabah #Sarawak #PKS #Malaysia #LINC
;