Kepuasan hati rakyat terhadap kerajaan meningkat - EMIR Research

Harits Asyraf Hasnan
November 16, 2020 17:51 MYT
Laporan tersebut menyatakan, nilai GSI telah meningkat 59 peratus daripada 0.45 pada suku pertama tahun ini kepada 0.67 pada suku ketiga tahun ini. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Indeks Kepuasan terhadap Kerajaan (GSI) menunjukkan peningkatan yang ketara pada suku ketiga tahun ini.
Memetik laporan EMIR Research, ia sekali gus memberi gambaran kepuasan hati rakyat terhadap pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Laporan tersebut menyatakan, nilai GSI telah meningkat 59 peratus daripada 0.45 pada suku pertama tahun ini kepada 0.67 pada suku ketiga tahun ini.
Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif EMIR Research, Datuk Rais Hussin Mohamed Ariff, peningkatan ini adalah lebih signifikan berbanding penurunan 15 peratus antara 0.5 pada suku keempat 2019 kepada 0.45 pada suku pertama 2020.
"Menerusi perbincangan kumpulan sasar (FGD), para responden rasa yakin dan optimis terhadap masa hadapan, sekali gus meningkatkan tahap kepuasan terhadap kerajaan.
"Ia dipengaruhi oleh usaha kerajaan mengimbangi nyawa dan kehidupan rakyat dengan membuka kembali sektor ekonomi dan pengumuman pakej pemulihan," memetik laporan itu.
Katanya, usaha menangani COVID-19 dan mendapatkan vaksin virus itu turut mempengaruhi keyakinan rakyat.
Kajian EMIR Research ini dilakukan pada Ogos lalu dengan pelbagai metodologi kaji selidik dilaksanakan melibatkan 2,096 responden.
BACA: Kerisauan rakyat Malaysia meningkat ke tahap maksimum pada suku ketiga 2020 - EMIR Research
BACA: Hilang pekerjaan antara kerisauan paling tinggi rakyat - EMIR Research
BACA: Muhyiddin terima sokongan terbesar sebagai PM pilihan rakyat - EMIR Research
#COVID-19 #EMIR Research #Indeks Kepuasan terhadap Kerajaan #GSI #Rais Hussin Mohamed Ariff #kaji selidik #Kajian #tinjauan rakyat #Putrajaya
;