Keprihatinan Timb. Menteri Belia dan Sukan sekali lagi dapat pujian
Madiha Abdullah
Disember 25, 2015 15:41 MYT
Disember 25, 2015 15:41 MYT
Antara yang mendapat perhatian di laman sosial hari ini adalah kisah Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M Saravanan, yang mencuri tumpuan selepas membantu mangsa kemalangan Lebuhraya Seremban-Port Dickson.
Netizen berkongsi gambar dan cerita sikap ambil berat Saravanan di tempat kejadian, di mana beliau dilaporkan membantu mangsa yang tersepit di dalam kereta.
Menurut laporan beberapa media, Saravanan ketika itu dalam perjalanan ke Bukit Pelandok, Port Dickson.
Pengguna laman sosial memuji keprihatinan Saravanan, apatah lagi ini bukanlah kali pertama beliau dirakamkan membantu mangsa kemalangan.
September lalu, beliau membantu seorang penunggang motosikal yang cedera dalam satu kemalangan.
Kemalangan tersebut membabitkan sebuah kereta yang terbabas dan menyebabkan empat penumpangnya tersepit.
Semua mangsa dilaporkan hanya cedera ringan dan telah menerima rawatan di hospital.