KUALA LUMPUR: Kepimpinan wanita perlu terus diangkat kerana berupaya memberikan impak yang besar kepada sesebuah organisasi.
Meletakkan sasaran untuk sekurang-kurangnya 30 peratus wanita memegang jawatan sebagai pembuat keputusan dalam mana-mana organisasi dilihat mampu meningkatkan kepelbagaian gender di peringkat lebih tinggi dan mengurangkan ketaksamaan gender yang dilihat masih berlaku sehingga hari ini.
Bagaimanapun, perdebatan mengenai wanita dan kepimpinan sentiasa hangat, lebih-lebih lagi apabila melibatkan kemampuan mereka dalam pengurusan utama dan pembuat keputusan pelbagai sektor.
Acap kali wanita perlu bekerja dua kali lebih keras terutamanya dalam industri yang didominasi lelaki untuk mendapatkan penghormatan atau pengiktirafan.
Antara lain, wanita yang sudah berkahwin juga sering dipertikaikan kedudukan mereka dalam menyeimbangkan tanggungan komitmen antara kerja dan keluarga.
Persepsi tersebut perlu diubah segera dan seharusnya membuka ruang seluasnya untuk wanita mengambil tempat sebagai pemimpin masyarakat dan negara.
Aspirasi mencapai kesaksamaan dalam semua aspek bagi wanita, sangat perlu dijadikan asas kepada setiap langkah strategik membangunkan masyarakat.
Oleh itu, LINC@Astro AWANI - The New Normal Series S42 mengajak semua untuk bersama-sama menyertai webinar bertajuk “30% Of Women In Leadership NOW! The Game Plan” untuk membantu dan memperkasakan kedudukan wanita dalam kepimpinan masa kini.
Daftar sekarang di www.linc.astroawani.com, pada 30 Mac, jam 11 pagi.
Panel yang akan menyertai sesi ini ialah Pengerusi Yayasan AIDS Malaysia, Profesor Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman; Ketua Pegawai eksekutif Yayasan Sime Darby, Dr Yatela Zainal Abidin; Perunding obstetrik dan ginekologi KPJ Health, Dr Imelda Balchin; dan Pengasas dan Pengerusi Persatuan Whaidayah Malaysia, Norlela Mokhtar.
Sesi akan dikendalikan penyampai kanan Astro AWANI, Melisa Idris.
Ehsan A Marisah
Tue Mar 29 2022
Webinar bertajuk 30% Of Women In Leadership NOW! The Game Plan bertujuan membantu dan memperkasakan kedudukan wanita dalam kepimpinan masa ini. - Foto Astro AWANI
Kelantan akan usul cadangan bina tembok di sempadan Malaysia-Thailand
Kerajaan Kelantan merancang untuk mengusulkan kepada Kerajaan Persekutuan pembinaan tembok sepanjang kira-kira 100 kilometer di sempadan negeri itu dengan Thailand.
PBB beri amaran krisis kemanusiaan luar biasa di Lubnan akibat perang
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa situasi di Lubnan kini mencapai tahap yang lebih buruk berbanding perang 2006.
Malaysia cadang guna nuklear sebagai sumber tenaga negara pada masa depan - Rafizi
Malaysia bercadang untuk menggunakan penjanaan tenaga nuklear sebagai salah satu sumber tenaga negara pada masa hadapan, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Hadiah Deepavali buat pekebun bebas tuduhan bunuh ibu saudara
Seorang pekebun yang dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan membunuh ibu saudaranya menyifatkan keputusan itu sebagai hadiah Deepavali.
Ahli perniagaan didenda RM4,600 miliki bahan lucah
Seorang ahli perniagaan dalam industri kecantikan didenda RM4,600 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan mengakses dan menyimpan bahan lucah dalam dua telefon pintar, semalam.
AWANI Tonight: U.S. Election: What are the potential pathways for Trump and Harris?
With the polls open for just a few hours, anticipation is building around the trajectories of both candidates vying for the White House. Astro AWANI's Hafiz Marzukhi explores the pathway of both candidates.
AWANI Tonight: Polls open, millions cast their ballots in tight U.S. Presidential race
Americans go to the polls to vote for their next President. Astro AWANI's Faye Kwan shares the latest from Michigan, one of the key battleground states.
AWANI Tonight: Boeing workers end strike, accept new deal
Boeing workers have finally ended a seven week long walkout after voting to accept the aviation giant's latest pay offer.
AWANI Tonight 5 Nov 2024
AWANITonight 5 Nov 2024 with Cynthia Ng
1. U.S Election: Polls open, millions cast ballot in tight race
1. U.S Election: Polls open, millions cast ballot in tight race
Curi barang kemas: Polis serah kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara
Rusdi berkata pihaknya juga mencadangkan pertuduhan terhadap suspek di mahkamah dan buat masa ini suspek masih bertugas.
Perkasa wanita: Kerajaan PH jauh lebih progresif - Haniza
Kerajaan negeri dan persekutuan diharap dapat mempertimbangkan seorang wanita di setiap negeri untuk dilantik sebagai Ahli Dewan Negara.