Kepakaran dalam pertanian untuk kelangsungan bekalan makanan
Essan Yahya
November 2, 2018 10:40 MYT
November 2, 2018 10:40 MYT
Perkongsian kepakaran, idea dan teknologi, membolehkan industri pertanian di Malaysia berkembang lebih baik dan maju, bagi memenuhi keperluan makanan negara.
Usaha berkenaan dijayakan secara komprehensif oleh Sarawak Convention Bureau (SCB) bagi memastikan hasrat Sarawak menjadi pengeksport bersih produk makanan pada 2030 dapat dicapai.
Pada 21 hingga 25 Oktober lalu, SCB membawa lebih 40 pakar dari Thailand, Indonesia, Singapura dan Malaysia menghadiri program Agrofest Sarawak 2018 dan Persidangan Pertanian dan Industri Asas Tani Sarawak (ICAAS) 2018 di Kuching.
Menerusi acara berkenaan, Pengarah Urusan Perhubungan Kerajaan & Industri SCB, Chew Chang Guan, berkata, pelbagai aktiviti bermanfaat diatur untuk semua peserta.
Ia termasuk lawatan ke Hornbill Agriculture, Semenggok Agriculture Research Centre, Sarawak Biodiversity Centre dan Ladang Kelulut di Sampadi.
Selain itu, rakan wartawan dari negara luar turut bersama dalam program ini bagi mendapat pendedahan dan perkongsian mengenai teknik penanaman, teknologi dan kajian yang dijalankan di Kuching.
SCB merupakan sebuah organisasi berteraskan acara persidangan, terus komited bagi melaksanakan pelbagai lagi program dari semasa ke semasa untuk kemajuan Sarawak dan negara.
Nantikan juga Program Tanam di Astro Awani jam 11.35 pagi, dibawakan oleh SCB, bermula 5 November ini.