Kenyataan tular krew kapal dari Wuhan masuk Melaka tidak tepat - Pengarah Kesihatan
Bernama
Februari 5, 2020 05:19 MYT
Februari 5, 2020 05:19 MYT
Kenyataan yang tular di media sosial mendakwa kononnya krew kapal dari Wuhan, China memasuki negeri ini melalui Pelabuhan Kuala Linggi, Alor Gajah dekat sini adalah tidak tepat.
Pengarah Kesihatan Melaka Dr Ismail Ali berkata kenyataan dimuat naik di laman Facebook Geng Viral Melaka menggunakan nama 'Shahnol Sundara' itu tidak tepat kerana kapal yang berlabuh bersama anak kapal pada Isnin lepas bukan dari Wuhan.
"Pihak kami meminta semua lapisan masyarakat supaya sentiasa berhati-hati dan tidak menularkan sebarang berita tidak benar yang boleh menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Beliau turut menjelaskan saringan kesihatan anak kapal dari negara berisiko terutama China dilakukan sebagai pencegahan dan kawalan penularan novel koronavirus 2019 yang dilakukan di semua pintu masuk antarabangsa seluruh negara.
-- BERNAMA
#2019 nCoV
#Alor Gajah
#anak kapal
#China
#coronavirus
#Facebook
#Geng Viral Melaka
#Ismail Ali
#krew kapal
#media sosial
#negara berisiko
#novel koronavirus
#Pelabuhan Kuala Linggi
#pintu masuk
#saringan kesihatan
#Tular