KUALA LUMPUR: Kenyataan Duta Khas Perdana Menteri ke China Datuk Seri Tiong King Sing mengenai lawatan kontroversi Speaker Dewan Perwakilan AS Nancy Pelosi ke Taiwan tidak menggambarkan pendirian Kementerian Luar, kata Datuk Seri Saifuddin Abdullah.
"Itu bukan kenyataan yang dibincangkan dengan Wisma Putra (Kementerian Luar Malaysia)," kata Menteri Luar kepada pemberita selepas melancarkan buku bertajuk 'Genta Telah Berbunyi' ditulis oleh Raja Ahmad Aminullah, di sini, Sabtu.
Saifuddin berkata beliau telah menyatakan pandangannya mengenai perkara itu semasa Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN (AMM) ke-55 dan Mesyuarat Berkaitan di Phnom Penh, Kemboja pada 3 Ogos.
Menteri-menteri luar ASEAN dalam satu kenyataan selepas mesyuarat itu menyuarakan kebimbangan mereka akan perkembangan serantau terbaharu itu.
Mereka memberi amaran keadaan tidak menentu yang berlaku kerana ketegangan di Selat Taiwan boleh menjejaskan kestabilan serantau dan membawa kepada "kesilapan perhitungan, konfrontasi serius, konflik terbuka dan akibat yang tidak dapat dijangka di kalangan kuasa-kuasa besar".
Kenyataan itu meminta semua pihak supaya bertenang dan elakkan daripada tindakan provakasi dan berpegang kepada prinsip-prinsip Piagam Bangsa-bangsa Bersatu dan Treaty of Amity and Cooperation in Southeast Asia (TAC).
Kenyataan itu berkata negara anggota ASEAN mengulangi sokongan mereka terhadap Dasar Satu China dan ia bersedia memainkan peranan yang membina dalam memudahkan dialog aman antara pihak terbabit.
Media tempatan melaporkan bahawa Tiong dalam satu kenyataan pada Jumaat mengecam lawatan Pelosi ke Taiwan kerana ia telah menambah bahan api kepada ketidakstabilan di rantau itu.
Beliau dilaporkan berkata bahawa lawatan Pelosi melanggar prinsip 'Satu China' dan 'Three Joint Communiques' yang menggariskan tatacara hubungan antara AS dan China.
Ketegangan antara China dan Amerika Syarikat memuncak selepas Pelosi tiba di Taiwan pada Selasa.
Pelosi merupakan ahli politik AS paling kanan untuk melawat negara pulau itu dalam tempoh 25 tahun. China menganggap pulau dengan pemerintahan tersendiri itu sebagai wilayahnya di bawah dasar Satu China.
Taiwan bagaikan dikepung dengan China melakukan latihan ketenteraan besar-besaran selepas Pelosi meninggalkan pulau itu pada Rabu. Media antarabangsa melaporkan bahawa tentera China digerakan ke perairan Taiwan sehingga menutup laluan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 06 2022
Saifuddin berkata beliau telah menyatakan pandangannya mengenai perkara itu semasa Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN (AMM) ke-55 dan Mesyuarat Berkaitan di Phnom Penh, Kemboja pada 3 Ogos. - Gambar fail
Tindak balas antarabangsa bantu mangsa Taufan Yagi di Myanmar diperlukan
Taufan Yagi melanda utara Myanmar pada 10 September, menyebabkan banjir teruk, tanah runtuh dan kemusnahan meluas di seluruh negara.
Populasi warga emas berusia 100 tahun di Jepun melebihi 95,000
Bilangan penduduk berusia sekurang-kurangnya 100 tahun di Jepun dianggarkan mencecah 95,119 orang pada September.
Pantai Port Dickson tumpuan pengunjung musim cuti sekolah
Pantai peranginan di Port Dickson menjadi tumpuan pengunjung dari seluruh pelosok negeri untuk berkelah bersama keluarga sempena musim cuti persekolahan ini.
Malaysia melihat kemampanan industri nadir bumi dengan potensi semakan perundangan
Ia untuk menilai keperluan pelarasan bagi pengawasan cekap sektor unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE).
23 projek rumah mampu milik akan dibina menerusi RMK-12
Kesemua projek berkenaan akan menyediakan lebih 7,000 unit RMM, yang dibina khusus untuk membantu golongan berpendapatan rendah (B40).
Rusia, Malaysia jalin kerjasama dalam pelancongan mesra Muslim
Rusia dan Malaysia sedia utingkatkan pelancongan mesra Muslim menerusi kerjasama baharu antara badan pensijilan halal Rusia, Roskachestvo dan Pusat Pelancongan Islam Malaysia.
IShowSpeed tiba di KL, terima baju batik daripada peminat
Speed menerima hadiah daripada beberapa orang peminat Malaysia ketika kenderaannya berhenti di lampu isyarat di ibu negara pada Selasa,
Penyanyi Sean Diddy ditangakp di New York
Penerbit muzik terkenal, Puff Daddy atau lebih dikenali sebagai Sean Diddy Combs yang berdepan dengan beberapa tuduhan serangan seksual telah diberkas di Manhatann, New York oleh ejen persekutuan pada Isnin waktu tempatan.
10 maut, puluhan cedera bas Iran terbalik
Menurut angka awal, kemalangan itu mengakibatkan 10 maut dan 41 cedera.
Malaysia perlu melabur dalam infrastruktur
Pengarah Eksekutif Ukrainian Prism, Hennadiy Maksak berpandangan, Malaysia juga tidak boleh bergantung kepada satu laluan, selain menjalin hubungan yang baik dengan negara-negara jiran.
Lawatan Pelosi: China tambah senarai sekatan terhadap Taiwan
Tidak senang dengan kunjungan Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Nancy Pelosi ke Taiwan, China pada Rabu mengumumkan tambahan sekatan ke atas republik itu.
Pesawat bawa Nancy Pelosi jadi kapal terbang paling dijejaki di seluruh dunia
Berdasarkan laman web pengesan penerbangan, Flightradar24, pesawat SPAR19 dijejaki lebih 107,000 pengguna petang Selasa.