'Kenyataan media' total lockdown dilanjut 2 minggu lagi disah palsu

Astro Awani
Jun 26, 2021 19:10 MYT
Kenyataan palsu itu turut menyebut keputusan lanjutan PKP 3.0 dibuat selepas mengambil kira kes baharu positif COVID-19 yang masih melepasi 3,000 kes setiap hari. - Gambar/ Kementerian Pertahanan
KUALA LUMPUR: Satu gambar kononnya kenyataan media bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 akan dilanjutkan selama dua minggu lagi yang tersebar di media sosial hari ini, disahkan palsu.
Kementerian Pertahanan membuat penafian itu di dalam Facebook kementerian berkenaan pada Sabtu.
Sumber Facebook KementerianPertahanan
Dalam kenyataan palsu kononnya oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang tular itu, ia menyebut PKP 3.0 akan dilanjutkan bermula 29 Jun hingga 12 Julai 2021.
Kenyataan palsu itu turut menyebut keputusan lanjutan PKP 3.0 dibuat selepas mengambil kira kes baharu positif COVID-19 yang masih melepasi 3,000 kes setiap hari.
Tarikh penguatkuasaan total lockdown atau PKP 3.0 akan berakhir 28 Jun ini.
#total lockdown #PKP #PKP Penuh #dilanjut #palsu #Kementerian Pertahanan #Ismail Sabri
;