Kenyataan Kementerian Luar Negeri, Malaysia mengenai serangan bom di Baghdad, Iraq

Media Statement
Julai 9, 2016 07:55 MYT
Kementerian Luar Negeri mengingatkan rakyat Malaysia yang melawat Iraq hendaklah sentiasa mengutamakan keselamatan dan memantau suasana sekeliling serta mematuhi nasihat yang dikeluarkan Kerajaan Republik Iraq.
Kerajaan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengganas yang berlaku di daerah Karrada, Baghdad pada 3 Julai 2016 yang telah meragut 213 nyawa serta mencederakan 177 orang.
Kerajaan Malaysia merakamkan ucapan simpati dan takziah kepada Kerajaan dan rakyat Republik Iraq serta kepada keluarga dan mangsa yang terlibat di dalam serangan tersebut. Malaysia menganggap tindakan keganasan ini tidak berperikemanusiaan dan berharap pihak yang bertanggungjawab akan dibawa ke muka pengadilan.
Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia di Amman, Jordan akan terus memantau situasi ini. Kementerian ingin mengingatkan rakyat Malaysia yang melawat Iraq hendaklah sentiasa mengutamakan keselamatan dan memantau suasana sekeliling serta mematuhi nasihat yang dikeluarkan Kerajaan Republik Iraq.
Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular, boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Amman atau Wisma Putra seperti berikut:
Kedutaan Besar Malaysia di Amman
No. 5, Tayseer Na’na’ah Street
Off Umawiyeen Street
Abdoun, P.O. Box 5351
Amman 11183
Jordan.
Tel : + 962 6 590 2400
Faks : + 962 6 593 4343
E-mel : mwamman@kln.gov.my
Wisma Putra (Konsular) : 03-88874530/4047
#Baghdad #Iraq #Karrada #Kedutaan Besar Malaysia di Amman #Kementerian Luar Negeri #serangan pengganas