'Kenduri durian': 11 individu telah dipanggil bantu siasatan

Astro Awani
Julai 1, 2021 11:07 MYT
Ahli Parlimen Batu Pahat itu dijangka akan hadir minggu ini sebaik balik dari Kuala Lumpur. - Gambar hiasan
JOHOR BAHRU: 11 individu telah dipanggil bagi membantu siasatan berhubung kenduri durian yang membabitkan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon di kebun durian Batu Pahat.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah ketika dihubungi Astro AWANI berkata, Mohd Rashid juga akan datang ke Ibu Pejabat Polis (IPK) Daerah Batu Pahat bagi memberi kenyataan.
Ahli Parlimen Batu Pahat itu dijangka akan hadir minggu ini sebaik balik dari Kuala Lumpur.
Katanya beberapa individu lain juga akan dipanggil bagi membantu siasatan.
Video berdurasi 13 saat memaparkan Mohd Rashid bersama sekumpulan individu tanpa penjarakan sosial sedang makan durian di sebuah kebun tular di media sosial.
Mohd Rashid sebelum ini menyatakan video tersebut adalah video lama namun memohon maaf atas kekeliruan yang timbul kerana memberi kenyataan tanpa melihat video viral tersebut.
BACA: Dijamu durian: Timbalan Speaker mohon maaf, akui keliru dan sedia disiasat
BACA: 'Kenduri durian', polis akan panggil Timbalan Speaker
BACA: Kenduri durian: Rashid Hasnon percaya itu video lama, akur disiasat polis
#COVID-19 #durian #kenduri #Mohd Rashid Hasnon #Batu Pahat #polis #SOP #PKP #penjarakan sosial
;