Kenderaan pacuan empat roda milik JAKOA terbabit dalam kemalangan

Astro Awani
Jun 28, 2024 13:30 MYT
Perlanggaran itu menyebabkan kenderaan pacuan empat roda milik JAKOA itu terbalik, mengakibatkan beberapa penumpang tercampak keluar. Gambar -X/@HezeriSamsuri
KUALA LUMPUR: Sebuah kenderaan pacuan empat roda milik milik Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) dilaporkan terbabit dalam satu kemalangan di laluan Kuala Lumpur-Karak di kawasan Hutan Lipur Lentang.
Dalam sebuah video yang dimuat naik ke platform X oleh Hezeri Samsuri, kenderaan itu dilihat bergesel dengan sebuah kenderaan Toyota Avanza berwarna biru.
Kemalangan itu menyebabkan kenderaan itu terbalik, mengakibatkan beberapa penumpang tercampak keluar.
Tiga mangsa dilihat terbaring di atas jalan, termasuk seorang kanak-kanak.
Astro AWANI sedang menunggu kenyataan rasmi daripada pihak polis.

Ambulan JHEOA terbabit dalam kemalangan tadi di lakuan KLK (KL-Karak) di kawasan Hutan Lipur Lentang menghala timur. Semoga mangsa-mangsa dipermudahkan urusan dan diberikan kesembuhan segera. Kawan-kawan, area sini memang sedap - dari simpang ke Tropicale Resort, turun dari pic.twitter.com/s80QzSjpEG

— Hezeri Samsuri (@HezeriSamsuri) June 28, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#kemalangan #Ambulan #JHEOA #Kanak-kanak