KUALA LUMPUR: Sebuah kenderaan pacuan empat roda milik milik Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) dilaporkan terbabit dalam satu kemalangan di laluan Kuala Lumpur-Karak di kawasan Hutan Lipur Lentang.

Dalam sebuah video yang dimuat naik ke platform X oleh Hezeri Samsuri, kenderaan itu dilihat bergesel dengan sebuah kenderaan Toyota Avanza berwarna biru.

Kemalangan itu menyebabkan kenderaan itu terbalik, mengakibatkan beberapa penumpang tercampak keluar.

Tiga mangsa dilihat terbaring di atas jalan, termasuk seorang kanak-kanak.

Astro AWANI sedang menunggu kenyataan rasmi daripada pihak polis.