Kenderaan ditenggelami air, pemandu lori maut akibat lemas
Sinar Harian
Disember 19, 2021 06:20 MYT
Disember 19, 2021 06:20 MYT
KUALA SELANGOR: Seorang pemandu lori lemas apabila kenderaan ditenggelami banjir dalam kejadian di laluan berhampiran Simpang Desa Coalfield di sini pada Ahad.
Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.50 pagi.
Menurutnya, seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Arang dan bantuan dari BBP Bestari Jaya dikejarkan ke tempat kejadian.
"Mangsa berusia 45 tahun dipercayai lemas dalam usaha menyelamatkan diri dalam lori yang dinaiki air secara tiba-tiba," katanya dalam satu kenyataan media pada Ahad.
Norazam berkata, mayat mangsa ditemui jam 5.30 petang Ahad pada jarak lima meter dari lokasi dilaporkan tenggelam.
"Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian