Kencing Tikus: Taman Eko Rimba Sungai Tekala ditutup sementara

Astro Awani
Ogos 26, 2024 11:10 MYT
Pusat rekreasi popular, Taman Eko Rimba Sungai Tekala, Semenyih ditutup sementara selama lima hari bermula hari ini hingga 30 Ogos.
KUALA LUMPUR: Pusat rekreasi popular, Taman Eko Rimba Sungai Tekala, Semenyih ditutup sementara selama lima hari bermula hari ini hingga 30 Ogos.
Perkara itu disahkan Pengarah Jabatan Perhutanan Selangor, Azhar Ahmad dalam hantaran di Facebook, pada Isnin.
Menurut beliau, penutupan sementara itu dilakukan selepas kawasan terbabit dikesan positif wabak Leptospirosis atau kencing tikus.
Justeru itu, kawasan berkenaan ditutup kepada semua pengunjung.
#kencing tikus #taman eko rimba #Sungai Tekala #wabak Leptospirosis
;