'Kenapa saya ceria, saya maafkan semua musuh saya sebelum tidur...' - Nasihat Salahuddin

Astro Awani
Julai 23, 2023 00:13 MYT
Ahli Parlimen Bayan Baru itu berkata, hal tersebut membolehkan Timbalan Presiden Amanah itu mampu reda dan ceria dalam kehidupannya setiap hari. - Twitter/SimTzeTzin
KUALA LUMPUR: Tabiat Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub mendoa dan memaafkan semua musuh dan orang yang menyakitkan hati sebelum tidur dikongsi Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin.
Tze Tzin berkata, hal tersebut membolehkan Timbalan Presiden Amanah itu mampu reda dan ceria dalam kehidupannya setiap hari.
"Itu ajaran bekas 'boss' saya Datuk Seri Salahuddin Ayub. Jasamu dikenang.
"Semoga 'boss' reda di sana. Al-Fatihah," katanya menerusi ciapan di Twitter.

Sim, kamu tahu kenapa saya redha dan ceria setiap hari? Setiap malam, saya doa dan maafkan semua musuh saya dan orang yang menyakitkan hati saya barulah saya tidur Ini ajaran bekas boss saya DS @MyDSA_official . Jasamu dikenang Semoga Boss redha di sana. Al-Fatihah. pic.twitter.com/qZ7aTI50EJ

— SimTzeTzin (@simtzetzin) July 23, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Salahuddin meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah pada 9.23 malam Ahad setelah ditidurkan selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak pada usia 61 tahun.
Salahuddin meninggalkan seorang balu, Datin Seri Fatimah Taha, dan enam orang anak.
#Salahuddin Ayub #Salahuddin meninggal dunia #Ahli Parlimen Bayan Baru #memaafkan musuh
;