'Kenapa sampai tiga kali serangan tweet palsu hari ini?' - Ahmad Maslan

Wan Syamsul Amly
Julai 1, 2015 19:16 MYT
AHMAD MASLAN: 'Kenapa sampai tiga kali serangan tweet palsu hari ini?' - Gambar fail
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan terkilan kerana pemilik akaun Twitter palsunya tidak serik mempermainkannya dengan mengeluarkan kenyataan tidak benar yang kononnya daripadanya.
Dalam sistem pesanan WhatsApp kepada Astro AWANI, Ahmad menyatakan rasa kesalnya kerana fitnah yang dilemparkan sehingga tiga kali hari ini dilihat keterlaluan terutama pada bulan Ramadan.
"Pihak ini tidak berhenti-henti memfitnah saya sejak pagi tadi. Sudahlah letak jawatan saya salah, maklumat mengenai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) juga dieja salah.
"Gambar akaun saya yang digunakan juga tidak sama dengan akaun Twitter sebenar. Gambar untuk Twitter saya lain, untuk Facebook juga lain," katanya.
Ahmad mengulas serangan bertubi-tubi pemilik akaun palsu miliknya yang memberi pelbagai maklumat dengan niat untuk memburukkan namanya.

Saya tiada akaun Fb ikon IY. Ikon itu utk Twitter saya. Ikon utk Fb saya berbaju Melayu spt ini. Ini semua fitnah. pic.twitter.com/xHZWiPGM9j

— Ahmad Maslan (@ahmadmaslan) July 1, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Ini 3 siri palsu. Mmg sah ini drpd geng fitnah. Jawatan saya pun salah, disebut TMK2. Saya TMK1. Mana ada B1RM? BR1M. pic.twitter.com/UWIwrv8wMf

— Ahmad Maslan (@ahmadmaslan) July 1, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pada pagi Isnin, Ahmad menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa dia telah menghantar satu tweet mengenai kenaikan harga minyak dan kehadiran orang ramai di restoran ayam goreng KFC.
Katanya, dakwaan yang disifatkan tidak masuk akal itu dibuat bagi memburuk-burukkan namanya susulan perubahan harga minyak bermula 1 Julai.
BACA: Harga runcit RON95 dan RON97 naik pada Julai
Harga runcit petrol RON95 naik 10 sen manakala RON97 sebanyak 20 sen seliter bagi Julai 2015 berkuat kuasa 1 Julai.
Harga baharu RON95 ialah RM2.15 seliter manakala RON97 sebanyak RM2.55 seliter selepas Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
BACA: Pemberitahuan perubahan harga minyak kini hanya kepada pengusaha minyak - Hasan
Terdahulu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memaklumkan bahawa notis pemberitahuan perubahan harga petrol dan diesel hanya akan dimaklumkan kepada pengusaha minyak pada setiap hujung bulan.
#Ahmad Maslan #BR1M #KFC #palsu #Twitter
;