Kenapa pendatang asing pilih cara bahaya untuk ulang alik ke Malaysia?

Astro Awani
Jun 18, 2014 18:24 MYT
Mangsa tongkang karam yang berada di Balai Teluk Panglima Garang - Sumber Jabatan Bomba dan Penyelamat
Warga Indonesia yang memasuki Malaysia dengan cara haram juga memilih untuk pulang ke negara asal mereka dengan cara yang sama, iaitu dengan menaiki tongkang.
Menurut laporan wartawan Astro AWANI Marlina Manaf yang berada di Balai Polis Telok Panglima Garang, warga Indonesia memilih untuk menaiki tongkang kerana ia menjimatkan walaupun ia mempunyai risiko yang bahaya.
Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur sering memberikan peringatan agar rakyatnya tidak menggunakan cara haram, seperti menaiki tongkang, tetapi segelintir rakyatnya terus berdegil kerana faktor wang.
Ikuti laporan lengkap wartawan Marlina Manaf:
#tragedi tongkang karam #warga Indonesia
;