Kenapa halang saya jumpa Datuk Seri Najib? - Rakan

Wan Syamsul Amly
Mei 17, 2018 13:37 MYT
Pagi Khamis, polis membawa keluar tiga kotak berisi barangan peribadi dari kediaman Datuk Seri Najib di Taman Duta, di sini.
Seorang individu yang mendakwa menjadi rakan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan tindakan polis yang menghalangnya menziarahi bekas perdana menteri itu di kediamannya di Taman Duta, di sini.
Abdul Rahman Abdul Rahim, 65 tahun, berkata polis juga seolah-olah sengaja mengambil masa yang lama untuk prosedur penggeledahan di kediaman Datuk Seri Najib.
"Polis geledah sejak semalam. Berapa masa lagi akan diambil dalam menjalankan siasatan?
"Saya datang untuk menziarahi beliau, itu sahaja. Dengan keadaan seperti ini saya melihat adakah Najib ini seolah-olah menjadi tahanan politik dalam rumah oleh Tun Dr. Mahathir?,” katanya ketika ditemui di persimpangan masuk ke kediaman Datuk Seri Najib di sini hari ini.
BACA: TERKINI! Polis sahkan geledah kediaman Najib
BACA: Polis rampas beg tangan, pakaian, hadiah dari kediaman Najib
Pada pagi Khamis, polis membawa keluar tiga kotak berisi barangan peribadi dari kediaman Datuk Seri Najib di Taman Duta, di sini.
Menurut peguam beliau, Datuk Harpal Singh Grewal, kotak tersebut mengandungi beg tangan, pakaian serta hadiah milik bekas perdana menteri itu.
#Abdul Rahman Abdul Rahim #beg tangan #Harpal Singh Grewal #kediaman #kotak #Mahathir Mohamad #Najib Razak #pakaian #penggeledahan #tindakan polis #ziarah
;