Kenapa Ajak Shiro "risau" jika terlalu ramai pelawak di Malaysia?
Astro Publication
April 13, 2015 13:48 MYT
April 13, 2015 13:48 MYT
Penerimaan masyarakat pada dunia lawak kala ini cukup baik, berterima kasih pada Raja Lawak dan Maharaja Lawak Mega?
Sememangnya buat masa ini lawak berada pada tahap yang cukup berbeza, ia diraikan indah dan diterima baik. Seperti juga muzik, trend itu akan datang dan pergi. Ajak bersyukur sangat kerana orang membuka mata yang amat besar terhadap dunia lawak khususnya komedi yang berskrip dan bukan slapstick seperti dahulu. Bukan bermaksud slapstick itu tidak bagus, cuma ia berbeza dan masing-masing punya kelas tersendiri.
Ajak pasti apabila trend ini berputar, nanti orang akan rindukan pula lawak jenis slapstick, we just have to be ready. Pentas Raja Lawak dan Maharaja Lawak Mega memang cukup baik, menghiburkan dan bisa mencari bakat baru, namun ada juga perkara yang perlu dirisaukan.
Risau? Maksudnya?
Benda yang sedikit dan 'rare' itu akan sentiasa mahal, manakala apabila sudah terlalu banyak, hilanglah eksklusivitinya. Quality over quantity. Sekiranya terlalu banyak rancangan mencungkil bakat pelawak diadakan pasti akan menjadikan industri lawak murah dan itu cukup berbahaya. Bukan mahu menutup rezeki sesiapa, cuma mahu letakkan lawak dalam kelas tersendiri. It’s good to have some, namun usahlah terlalu banyak. Lihat sahaja rancangan mencungkil bakat nyanyian yang sudah terlalu ramai sehingga ada yang payah mahu cari makan. Sebagai pengamal dunia hiburan kita sentiasa harus bersedia untuk jatuh, usah mendongak langit dan lupa diri.