Kenali Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah
Astro Awani
Januari 31, 2024 12:20 MYT
Januari 31, 2024 12:20 MYT
KUALA LUMPUR: Biografi Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah
LATAR BELAKANG
- Dilahirkan pada 14 Ogos 1959 di Hospital Batu Gajah, Perak.
- Merupakan puteri kedua dan anakanda ketiga kepada Almarhum Sultan Perak, Paduka Seri Sultan Idris Shah II dan Almarhumah Raja Perempuan Perak, Raja Perempuan Muzwin Binti Almarhum Raja Dato’ Sri Ariff Shah.
PERISTIWA PENTING
- 22 September 1982: Mendirikan rumah tangga bersama Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar yang ketika itu Tunku Mahkota Johor.
- Pasangan Diraja ini dikurniakan enam cahaya mata, lima orang putera dan seorang puteri.
- Januari 2010: Tunku Mahkota telah dimasyhurkan sebagai Sultan Johor dengan gelaran Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, manakala Tuanku Zarith Sofiah memakai gelaran Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah.
- 23 Mac 2015: Dikurniakan gelaran Permaisuri Johor.
PENDIDIKAN
- Sekolah Kebangsaan Datin Khadijah, Kuala Kangsar.
- Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Perempuan Kalsom, Kuala Kangsar.
- September 1972: Cheltenham Ladies College di England.
- 1979: Ijazah Sarjana Muda di Somerville College, Universiti Oxford.
- 1983: Ijazah 'Bachelor of Arts in Chinese Studies'.
KEBAJIKAN
- 17 Mac 2016: Baginda melancarkan program ''Because We Care'' dalam menjaga kebajikan para pelajar B40 di Universiti Teknologi Malaysia.
- 17 Mac 2019: Pelancaran program Bangsa Johor Bahagia.
- Bekerjasama dengan Johor Corporation dalam menaiktaraf kemudahan di Wad Hematologi, Hospital Sultanah Aminah.
- 28 November 2012: Baginda berkenan melancarkan Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor.
- Mei 2017: Melancarkan kempen 'TinDak' di bawah kelolaan Johor Women's League.
PERANAN DALAM YAYASAN
- Pengerusi Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor.
- Pengerusi Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor.