Kenali logo PH, tak kenal maka tak cinta - Dr Wan Azizah
Rahimah Abdullah
Ogos 18, 2018 17:22 MYT
Ogos 18, 2018 17:22 MYT
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengakui usaha mendekatkan pengundi untuk lebih mengenali logo Pakatan Harapan (PH) yang akan digunakan buat pertama kali pada PRK Seri Setia dan Balakong akan mengambil sedikit masa.
Justeru katanya, tempoh 21 hari kempen pilihan raya kecil itu akan digunakan sebaiknya bagi memperkenalkan logo rasmi PH kepada pengundi.
"Kita akan guna logo yang baru dan yang kita akan perkenalkan kepada pengundi iaitu logo Pakatan Harapan. Ini memerlukan masa kerana yang tidak kenal maka tak biasa (dengan logo PH). Tak kenal maka tak cinta.
"Jadi kita akan memperkenalkannya dan inilah kali pertama ia diperkenalkan di PRK Balakong dan PRK Seri Setia," katanya kepada media semasa Hari Penamaan Calon PRK Seri Setia di Dewan Sivik MBPJ di sini pada Sabtu.
PH yang diluluskan sebagai sebuah gabungan empat parti yang sah oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) Mei lepas terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat, DAP, Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
#Amanah
#Azizah
#calon
#DAP
#Dr Wan Azizah Wan Ismail
#Malaysia
#Media
#menteri
#Pakatan Harapan
#Parti Keadilan Rakyat
#Perdana Menteri
#pilihan raya
#pilihan raya kecil
#PPBM
#rakyat
#Timbalan Perdana Menteri
#Wan Azizah
#Wan Azizah Wan Ismail