Kenalan artis hadir, beri penghormatan terakhir kepada Allahyarham Adibah Noor

Saharudin Musthafa
Jun 19, 2022 02:11 MYT
Hans Isaac antara rakan selebriti yang tiba memberikan penghormatan terakhir kepada Adibah Noor. -Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Selain keluarga, beberapa selebriti tanah air sudah berada di Masjid Al-Ansar, Taman Keramat di sini bagi memberi penghormatan terakhir pada Allahyarham Adibah Noor Mohamed Omar.
Antara yang terawal tiba ialah penyanyi terkenal Ziana Zain dan adiknya, Anuar Zain
Tidak ketinggalan pelakon Datuk Hans Isaac, personaliti radio Linda Onn dan penyanyi Suki Low.
Ketika ini jenazah Allahyarham Adibah Noor sedang dimandikan.
Adibah Noor meninggal dunia pada jam 7.45 malam Sabtu (18 Jun) di sebuah hospital swasta di ibu negara, akibat kanser ovari.
Khabar dukacita itu mula diketahui umum menerusi hantaran di akaun Instagram kenalan artis iaitu pelakon, Datin Emylia Rosnaida.
Mengenang Adibah | Rakan artis sedih dengan pemergian Allahyarham
#Adibah Noor #Hans Isaac #Selebriti tanah air #Masjid Al-Ansar