Kenaikan bayaran yuran sekolah perlu kelulusan jabatan
Astro Awani
Januari 3, 2014 11:48 MYT
Januari 3, 2014 11:48 MYT
Setiap kenaikan bayaran yuran sekolah perlu mendapat kelulusan jabatan pendidikan terlebih dahulu.
Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan berkata, keputusan bayaran atau kutipan wang sekolah itu juga harus dibuat dengan persetujuan persatuan ibu bapa dan guru sekolah berkenaan.
Jelas Kamalanathan, kementeriannya tidak pernah mengarahkan mana-mana sekolah untuk meningkatkan kadar bayaran kerana ia sudah dimansuhkan kerajaan.
Walaupun terdapat bayaran sekolah yang dicadangkan ia perlu mendapat kelulusan PIBG dan JPN terlebih dahulu sebelum diluluskan.
Bayaran keperluan sekolah yang dikenakan biasanya meliputi beberapa keperluan persekolahan seperti alat tulis, buku latihan, majalah dan pakaian sukan.
Ibu bapa yang tidak bersetuju dengan kadar bayaran yang ditetapkan sekolah anak-anak mereka boleh membuat aduan ke PPD atau JPN.