Kemungkinan banjir kilat di semua negeri kecuali Negeri Sembilan - JPS
Astro Awani
November 19, 2022 19:53 MYT
November 19, 2022 19:53 MYT
KUALA LUMPUR: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat di semua negeri kecuali Negeri Sembilan untuk tempoh 24 jam bermula pukul 6 petang Sabtu.
“Berdasarkan maklumat ramalan hujan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia, sistem Southeastern Asia-Oceania Flash Flood Guidance System (SAOFFGS) dan model ramalan banjir JPS Malaysia, terdapat risiko kejadian banjir kilat di beberapa lokasi sekiranya hujan lebat atau ribut petir yang signifikan berlaku,” menurut notis berkenaan.
Berikut lokasi berisiko banjir kilat menurut notis JPS:
Johor: Batu Pahat, Johor Bahru, Kluang, Kota Tinggi, Mersing, Muar
Kedah: Kota Setar, Kuala Muda, Kubang Pasu, Kulim, Pendang
Kelantan: Bachok, Kota Bharu, Machang, Pasir Mas, Pasir Puteh, Tanah Merah
Melaka: Alor Gajah, Jasin, Melaka Tengah
Pahang: Bentong, Bera, Kuantan, Maran, Rompin, Temerloh
Terengganu: Besut, Kemaman
Perlis: Arau, Kangar, Padang Besar
Perak: Bagan Datuk, Hilir Perak, Kerian, Larut, Matang, Selama, Manjung
Pulau Pinang: Barat Daya, Seberang Perai Selatan, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Utara, Timur Laut
Selangor: Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Petaling, Sepang
Sarawak: Kuching, Bintulu, Limbang, Miri, Samarahan, Serian
Sabah: Beaufort, Penampang