Kemunculan Malaysia yang baharu sama seperti keruntuhan Tembok Berlin - Lim Guan Eng
Bernama
Jun 13, 2018 07:59 MYT
Jun 13, 2018 07:59 MYT
Kemunculan Malaysia yang baharu selepas pilihan raya umum 9 Mei adalah sama dengan keruntuhan Tembok Berlin di Jerman, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng semasa mengadakan pertemuan dengan Duta Besar Jerman ke Malaysia Nikolaus Graf Lambsdorff pada Rabu.
Ini adalah cara terbaik "untuk menerangkan kepada rakan-rakan kita di Jerman yang tidak faham mengapa Tun Dr Mahathir Mohamad kembali sebagai Perdana Menteri yang baharu," kata beliau menerusi catatan dalam laman Twitter dan Facebook.
Terdahulu, Lambsdorff melakukan kunjungan hormat ke atas Lim di Kementerian Kewangan di Putrajaya.
Lim juga menyatakan bahawa kedua-dua mereka telah mengadakan perbincangan yang berhasil untuk memperluaskan pendidikan vokasional Jerman di Malaysia.
"Sebuah Malaysia baharu menandakan bab baharu dalam sejarah Malaysia apabila Pakatan Harapan yang diterajui oleh Dr Mahathir memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 9 Mei, 2018.
Kemenangan yang menakjubkan oleh Pakatan Harapan menamatkan Barisan Nasional selama lebih 60 tahun.
-- BERNAMA
#Barisan Nasional
#Duta Besar
#Facebook
#Jerman
#Kementerian Kewangan
#kunjungan hormat
#Lim Guan Eng
#Malaysia
#Malaysia Baharu
#Nikolaus Graf Lambsdorff
#Pakatan Harapan
#pilihan raya umum
#PRU14
#Twitter
#vokasional