Kempen 'Roots for the Future' capai agenda penghijauan, tanam 100 juta pokok menjelang 2025

Kenyataan Media
Jun 24, 2024 13:24 MYT
Peserta dari CDC dan Bahagian Perolehan Kerajaan Kementerian Kewangan bergambar ramai di hadapan papan tanda 'Roots for the Future.' - Foto CDC
MENYEDARI pentingnya melibatkan masyarakat secara aktif dalam usaha menjaga alam sekitar, Commerce Dot Com Sdn Bhd (CDC) telah menganjurkan acara Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang amat bermakna, iaitu penanaman semula anak pokok. Acara ini bertujuan untuk mempromosikan kesedaran serta tindakan proaktif dalam menjaga alam sekitar.
Acara ini merupakan peluang istimewa bagi CDC memperkukuh usaha hijau dan meningkatkan kesedaran amalan mampan dalam kehidupan seharian. Sejajar dengan tema global Hari Alam Sekitar Sedunia, pelbagai aktiviti mesra alam diharapkan dapat membentuk budaya tanggungjawab terhadap alam sekitar dalam kalangan para peserta aktiviti tersebut.
Menurut Naib Presiden Bahagian Korporat CDC, Hafidz Ahmad Zehnun, "Pada hari ini, kami bukan sahaja sekadar menanam pokok tetapi menyemai benih harapan dan perubahan untuk masa depan yang lebih hijau dan mampan. Acara ini membuktikan komitmen kami dalam menangani perubahan iklim dan mengekalkan bio kepelbagaian planet kita. Langkah hari ini membuka jalan untuk masa depan yang lebih hijau dan berdaya tahan, mencerminkan semangat Hari Alam Sekitar Sedunia dan komitmen kami yang kukuh terhadap pemeliharaan alam sekitar.”
"Kami bangga terdiri daripada golongan korporat yang menjadi contoh kepada yang lain," ujar wakil beliau, "komitmen kami terhadap kemampanan dan kelestarian juga jelas dilihat di Wisma commercedotcom, bangunan pejabat kami. Di situ, kami telah memasang panel solar dan sistem pengumpulan air hujan. Langkah ini menandakan permulaan perjalanan kami menuju masa depan yang lebih peka terhadap alam sekitar," katanya, sambil menekankan komitmen berterusan CDC dalam mengurangkan jejak karbon dan mempromosikan solusi tenaga boleh diperbaharui.
Acara penanaman pokok ini adalah seiring inisiatif penghijauan nasional Kerajaan untuk menanam 100 juta pokok menjelang tahun 2025. Dengan penglibatan aktif lebih daripada 40 peserta, acara ini menunjukkan komitmen organisasi dalam menangani isu perubahan iklim dan menyokong kepelbagaian biologi.
Penglibatan CDC dalam acara seperti ini menunjukkan komitmen CDC terhadap kelestarian alam sekitar di samping menekankan pentingnya keterlibatan aktif komuniti, mencerminkan kesungguhan CDC menyambut Hari Alam Sekitar Sedunia 2024. Kerjasama dengan Bahagian Perolehan Kerajaan (BPK) Kementerian Kewangan (KK) ini berlandaskan visi bersama untuk memupuk kesedaran tanggungjawab alam sekitar. Kami komited menyumbang secara signifikan kepada usaha penghijauan Malaysia dengan menggabungkan sumber dan kepakaran kami. Dengan ini, kami berharap mencapai impak yang berkesan dan berkekalan yang tidak hanya memberi manfaat semasa, tetapi juga untuk masa depan generasi akan datang.
Acara yang diadakan di Awana Resorts, Genting Highlands, ini menampilkan pelbagai aktiviti menarik. Penyusunan bengkel mengenai pemuliharaan alam sekitar dan latihan pembinaan pasukan dinamik bertujuan untuk memperkukuhkan persaudaraan dan kerjasama, serta menanamkan nilai-nilai tanggungjawab ekologi dalam kalangan peserta.
#Hari Alam Sekitar Sedunia #tanam pokok #perubahan iklim #CDC
;