"Kami mahu ubah persepsi majikan kepada graduan Universiti Malaya (UM) selepas insiden rempuh pintu pagar tempoh hari."
Itu pengakuan Pengarah Kempen UM: Masih Ada Yang Sayang Mahasiswa Prihatin Universiti Malaya, Muhammad Ashraf Mohamad Kasim, yang melihat penganjurannya mewakili bakal graduan yang 'bersih' sebelum memasuki alam pekerjaan tidak lama lagi.
"Mahasiswa pada masa kini dianggap sebagai golongan yang sangat berpengaruh dalam memberikan pandangan dan pendapat kepada kepimpinan negara.
"Mereka dilihat oleh masyarakat sebagai pemimpin masa hadapan.
"Namun begitu, peristiwa merempuh pintu pagar utama UM baru-baru ini dilihat sebagai satu perbuatan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh mahasiswa yang berintelektual tinggi," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini .
Minggu lalu, sekurang-kurangnya 1,000 mahasiswa dan mahasiswi merempuh masuk pintu pagar Universiti Malaya UM untuk menghadiri acara pidato Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kumpulan pelajar itu, termasuk Professor Undang-undang UM Prof Azmi Sharom, merempuh pintu pagar universiti apabila pihak keselamatan UM menutup pintu itu untuk menghalang para pelajar keluar atau masuk ke kawasan kampus.
Risalah Kempen UM: Masih Ada Yang Sayang Mahasiswa Prihatin Universiti Malaya diedar kepada mahasiswa universiti itu pada hari pelancarannya - Gambar Astro AWANI
Kata Muhammad Ashraf, sebagai tanda simbolik, wakil kempen di setiap kolej kediaman akan melakukan 'road show' adn mengutip derma pembinaan pagar baru.
"Ia simbolik sahaja, kita bukan mensasarkan kutipan tetapi semangat sayangkan universiti dan tidak mahu tempat belajar kami dijajah anasir luar," jelasnya.
Ujarnya, selepas insiden itu, mayarakat memberi pelbagai persepsi mengenai peristiwa tersebut.
"Pelbagai persoalan mula dilemparkan oleh mereka antaranya 'Adakah ini pemimpin masa hadapan negara?' dan 'Di mana adab dan sopan seorang bakal pemimpin negara?'.
"Lebih merisaukan adakah bakal majikan kami di luar sana telah bersedia untuk menerima para graduan dari UM jika sikap pelajar yang terlalu agresif dan suka berdemonstrasi di jalanan," katanya.
Ujarnya, fokus kempen yang berakhir dalam masa dua minggu itu dilihat bagi memelihara dan mengembalikan semula nama baik dan maruah varsiti perdana ini.
"Golongan ini mungkin dilihat sebagai 'Silent Group' yang dianggap tidak mengambil peduli isu-isu semasa kampus.
"Namun begitu, apabila tragedi ini berlaku, ianya menjadi satu kesedaran kepada golongan ini untuk bangkit menyatakan pendirian kami.
'Kami sudah muak dengan politik kampus yang akhirnya mencemarkan nama baik dan imej UM," jelasnya.
Pengucapan terbuka sempena Kempen UM: Masih Ada Yang Sayang Mahasiswa Prihatin Universiti Malaya diedar kepada mahasiswa universiti itu pada hari pelancarannya - Gambar Astro AWANI
Tegasnya, gerakan ini juga tidak berasaskan kepada mana-mana fahaman politik kampus.
"Satu pertandingan mereka bentuk 'Pagar Baru' akan diadakan dan terbuka kepada seluruh mahasiswa UM.
"Kemuncak kepada kempen ini, satu aktiviti 'Walk for Peace' bagi mengumpul semua warga varsiti dalam satu acara yang diberi nama sebagai 'Himpunan Mahasiswa'," ujarnya.
Ujarnya, laman Facebook www.facebook.com/UMMasihAdaYangSayang juga diwujudkan selain meminta orang ramai memberi 'like' sebagai tanda sokongan.
Astro Awani
Wed Nov 05 2014
'Kempen Masih Ada Yang Sayang Mahasiswa' ubah persepsi masyarakat kepada warga UM - Gambar fail
KPWKM perkenal Skuad Waja Gen Z santuni remaja - Noraini
Skuad Waja Gen Z dapat membantu meningkatkan kesedaran terhadap pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial terutama kepada golongan remaja dalam komuniti setempat.
Selangor perluas inisiatif kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan
Selangor pergiat usaha pemuliharaan alam sekitar dengan memperluaskan program kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan di negeri itu.
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
PM ingatkan syarikat jaga kepentingan bumiputera tidak khianati amanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan syarikat yang menjaga kepentingan bumiputera supaya tidak mengkhianati amanah diletakkan dalam menjaga kepentingan golongan itu.
Bersih gesa PM Anwar henti amalan lantikan politik dalam GLC
Amalan lantikan politik yang sudah diamalkan oleh pentadbiran sebelum ini, dakwanya, telah menyebabkan rasuah dan salah urus GLC.
Rakyat kecewa, letih wakil rakyat senang lompat parti - ISMA
Negara akan menjadi tidak stabil, pelabur akan semakin bimbang dan ramai yang akan keluar dari melakukan perniagaan dan pelaburan di negara kita.
PRK Port Dickson: Hishammuddin tak setuju tiada calon BN
Hishammuddin bagaimanapun menghormati keputusan itu kerana ia melibatkan suara daripada semua pihak termasuk akar umbi.
Calon Tun M jadi PM: Kalau saya pelabur saya fikir dua tiga kali - Khairy
Mengulas pemilihan pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri sekiranya Pakatan Harapan menang PRU14 akan datang, tidak mustahil jawatan itu hanya akan dipegang sementara waktu.
Muhyiddin sendiri harus redakan gerakan Bersih - Bastien
Bastien Onn berkata ia merupakan strategi yang memungkinkan gerakan Merah menghentikan sebarang cubaan provokasi daripada kumpulan Bersih sendiri.
1MDB: Anwar tidak mungkin terlibat dalam pemalsuan fakta, kata Nurul Izzah
Nurul Izzah menyifatkan tuduhan yang dilemparkan terhadap ayahnya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan terlibat dalam pemalsuan dokumen 1MDB sebagai tidak masuk akal.
Qazaf: Bekas Ketua Pendakwa Syarie mohon semakan dan notis rayuan Anwar
Bekas Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain dan dua yang lain memfailkan permohonan untuk mengetepikan semakan dan notis rayuan dikemukakan Datuk Seri Anwar Ibrahim
Pakatan Rakyat cadang empat langkah hadapi penurunan harga minyak, junaman ringgit
Kerajaan disifatkan perlu menghentikan budaya pembaziran serta cara hidup mewah dan boros pada situasi penurunan harga minyak dan junaman ringgit akhir-akhir ini.
Pengajaran buat PAS kerana bekerjasama dengan Anwar, kata Tun M
Kemelut antara golongan ulama dan profesional yang melanda PAS harus diambil pengajaran oleh parti itu kerana ia hasil kerjasama mereka dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Tun M.