Kempen kesihatan dilancar sempena Tahun Baru Cina

Astro Awani
Februari 4, 2013 23:25 MYT
Kementerian Kesihatan melancarkan 'Kempen 3665' sempena perayaan Tahun Baru Cina.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kempen itu salah satu promosi mengurangkan tabiat makan berlebihan yang diamal rakyat negara ini setiap kali musim perayaan.
Langkah itu sekali gus menjamin masyarakat tidak terdedah serangan penyakit akibat lebih gula, garam dan lemak.
Beliau berkata demikian selepas pelancaran kempen makan secara sihat anjuran kementeriannya.
Kempen berkenaan dijalankan dengan kerjasama persatuan restoran Selangor dan Wilayah Persekutuan, Ku Su Shin Choong Hung.
Dalam pada itu Tiong Lai turut melancarkan buku resepi ‘Makan Secara Sihat, Resipi Kehidupan’.
Ia boleh dimuat turun dari laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia.
#Datuk Seri Liow Tiong Lai #Kempen 3665 #Menteri Kesihatan #Tahun Baru Cina
;