Astro AWANI menerima reaksi pelbagai dari orang ramai di media sosial berkenaan kempen 'Jom Bawa Bekal ke Sekolah'.

Kempen yang dilancarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bertujuan untuk menggalakkan pengamalan makanan yang sihat dan seimbang yang disediakan dari rumah masing-masing.

Selain itu ia juga bertujuan menjimatkan wang saku harian pelajar.

Terdahulu, persatuan-persatuan pengguna di Malaysia seperti Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Persekutuan Pengguna-pengguna Malaysia (Fomca) menyatakan sokongan penuh usaha ini.

Ketiga-tiga organisasi ini turut menggalakkan kempen ini diamalkan bukan sahaja kepada pelajar sekolah tetapi juga golongan pekerja.

Berikut adalah beberapa reaksi yang diterima kami.

Langkah yang bijak untuk berjimat

“Di Eropah dan Amerika Syarikat pun memang ramai ibu bapa yang membekalkan anak mereka makanan ke sekolah, di Eropah juga ramai yang membawa bekal ke tempat kerja, it is not something bad (judging by the way most of the comments in AWANI’s FB) - it is something smart and noble, by cooking you own meal, you can ensure, it's clean, healthy and cheaper. It has positive points across the board and you'll save a lot of money especially for families- Anna Sue

“Idea yang bagus sebenarnya kerana ia akan mengurangkan anak-anak kena pencemaran makanan. Saya ke ofis pun kadang-kadang bawa bekal. Tiada masalah pun” - Harnizah Roslan

“Bawa bekal ke sekolah dan tempat kerja memang ada kebaikannya dari segi kebersihan, kualiti makanan yang di sediakan oleh ibu atau isteri. Insya Allah memang terjamin dan menjimatkan. Kalau suka ikut , kalau tak suka , tak payah ikut, kerajaan pun tak paksa” - Noor Hasanah Ahmad

“Saya pernah melawat kantin sebuah sekolah. Nasi sedikit, telur rebus bahagi enam, ikan bilis dua tiga ekor saja. Kasihan, budak-budak tak tahu apa, main makan saja. Mentang-mentang jual kepada budak-budak sekolah, senang-senang tipu. Lebih baik bawak bekal yang ibu masakkan sendiri. Sudah tentu ibunya yang akan sediakan makanan yang paling baik dan bersih. Tak mungkin ada ibu yang sanggup memasak makanan yang tidak berkualiti” - Meggi Sedap

"Kempen ni bagus sebab ibu boleh sediakan makanan berkhasiat untuk anak-anak dan untuk para peniaga kantin supaya mereka lebih berusaha untuk sediakan makanan berkhasiat juga kepada pelajar, bukan lagi menu nugget, sosej, dan makanan segera yg digoreng dalam minyak yang diguna berulang-ulang kali......harap kempen ini diperkukuhkan” - Azlina Kamarudin



Tiada masa sediakan bekal untuk anak atau ke tempat kerja

Ibu bapa kerja kadang-kadang tak sempat nak masak. Kalau masak pun pasti sampai kerja lewat” - Abu Bakar Jamain

“Kasihan ibu kena bangun pukul 4-5 pagi masak bekal untuk anak anak. Kalau suri rumah mungkin ok, tapi kalau bekerja?” - Rabbani Afiq

“Sudah lama amalan ini tetapi dulu golongan ibu ramai yang suri rumah, dapatlah menyediakan bekal setiap hari. Hanya bapa sahaja yang kerja. Sekarang, desakan hidup menyebabkan suami isteri kene bekerja. Kalau tak kerja tak cukup wang. Bila bekerja, tak sempat jaga anak, tak sempat buat bekal untuk anak-anak” - Mat Janggut

Kalau si ibu tidak bekerja atau mempunyai orang gaji mungkin kempen bawak bekal ini berjaya. Mungkin ada yang kata ini alasan orangg malas tapi si ibu bukanlah robot, dia pun penat bekerja cari nafkah untuk keluarga” - Badar Abu Bakar

“Nak bawa bekal ke sekolah bukan masalah, tapi cuba fikir jika anak-anak yang naik bas sekolah, bas sekolah datang seawal pukul 6 pagi atau lebih awal. Jika bawa nasi goreng atau nasi panas, apabila tiba waktu rehat di sekolah, kadang-kadang bekal yang dibawa akan basi. Jawapnya hari-hari bawa roti” - Fiona Kheng



Mahu menteri amalkan dahulu

“Apa kata menteri buat dulu” - Ijan Sulaiman

“Menteri atau cikgu kene mulakan dulu, bawa bekal. Baru pelajar akan ikut” - Norizman ToneExcel

Harap semua menteri dan pembesar negara bawa bekal sebagai contoh tauladan kepada rakyat” - Muhammad Azuwari Abd Aziz

“Minta menteri bawa bekalan dulu, baru ada inspirasi” - Bala Raju

“Harap menteri pun bawa bekal juga” - Nor Hafizah Musa

“Kepimpinan melalui teladan, menteri akan bawa bekalkah?” Trader OneTegar

“Selepas ini harap menteri juga bawa bekal untuk tunjukkan contoh teladan kepada rakyat” - Ngah Dan

Pendapatan pengusaha kantin atau peniaga kecil akan terjejas

Saya peniaga kantin sekolah menengah. Pandangan saya, jika murid sekolah rendah boleh bawa bekal sebab waktu rehat bermula 9.45 pagi. Mungkin makanan itu masih elok untuk dimakan. Jika pelajar di sekolah menengah, waktu rehat mereka 10.25 dan 11.00 pagi. Jika pelajar menaiki bas 6.30 pagi, ibu bapa akan masak makanan seawal jam 5.30 pagi. Adakah makanan ini masih lagi elok? Saranan saya, jika menu kini tidak sihat, pihak sekolah wajib menentukan menu seperti di tadika. Dan ibu bapa hanya perlu membayar yuran makan setiap bulan pada pihak sekolah. Sudah jadi trend masakini, anak-anak lebih sukakan fast food n yang bergoreng. Berbanding bubur ayam dan sayuran” - Erahayati Yati

“Jika semua bawa bekal ke sekolah, tutup kantin nanti” - Junaidah Ibrahim

“Kalau semua bawa bekal bagaimana makcik kantin nak berniaga?” - Azril Shah

Bagaimana pula pengusaha kantin seperti kami. Harga barang melambung naik, harga dijual di sekolah kene ikut kementerian” - LaksOmana NAsi KeRabu

“Kasihan pada pengusaha kantin macam saya, kalau murid dan guru bawa bekal. Kantin mungkin akan tutup” - Nor Zaini

Kalau semua pakat bawa bekal, pengusaha kantin bagaimana? Nak berniaga pada siapa? Bagaimana nak bayar sewa bulanan?” - Iz-zah Zah


Apa pula alasan anda? Sertai undian Astro AWANI: