Hubungan dua hala antara Malaysia dan India tidak terjejas walaupun wujud kempen #BoycottMalaysia yang dilancarkan rakyat negara itu di laman sosial Twitter.
Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata kempen boikot pasca ucapan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) Ke-74 di New York yang menyentuh isu Jammu dan Kashmir itu, kini semakin menurun.
“Ingin saya maklumkan bahawa Kementerian (Luar) telah menganalisa perkara ini, dan mendapati jumlah tweet #BoycottMalaysia semakin menurun.
“Saya yakin perkara ini tidak menjejaskan kedudukan Malaysia di persada antarabangsa dan tidak menjejaskan hubungan bilateral antara Malaysia dan India,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil (PH-Lembah Pantai) yang ingin tahu pendirian Malaysia terhadap kempen #BoycottMalaysia yang dilancarkan rakyat India susulan ucapan Dr Mahathir di UNGA baru-baru ini.
Kenyataan Dr Mahathir, yang antara lain menyentuh isu Jammu dan Kashmir dan menyeru India bekerjasama dengan Pakistan menyelesaikan isu itu, mengundang banyak komen netizen, dipercayai warga India, di laman Twitter yang menyuarakan rasa kecewa mereka menerusi #BoycottMalaysia.
Harits Asyraf Hasnan
Tue Oct 08 2019
![Kempen boikot Malaysia: Trend makin menurun, hubungan Malaysia-India tidak terjejas Kempen boikot Malaysia: Trend makin menurun, hubungan Malaysia-India tidak terjejas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/61568705223_TBSAIFUDDIN.jpg)
Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata kempen boikot pasca ucapan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) semakin menurun. - Gambar fail
![Jenazah Nur Farah Kartini dikebumi di Pekan Jenazah Nur Farah Kartini dikebumi di Pekan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721056502_tbNurFarahKartini.jpg)
Jenazah Nur Farah Kartini dikebumi di Pekan
Abang kepada mangsa berkata lokasi sebenar pengebumian adik bongsunya itu akan dimaklumkan kelak.
![Hilang kata-kata terima berita nahas MH17 - Azharuddin Hilang kata-kata terima berita nahas MH17 - Azharuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81692355642_DCA.jpg)
Hilang kata-kata terima berita nahas MH17 - Azharuddin
Ketika itu, Azharuddin ligat berfikir, apa harus diperkatakan kerana semua sudah tahu orang kesayangan mereka telah tiada.
![Laluan penerbangan baharu keputusan komersial syarikat penerbangan - MOT Laluan penerbangan baharu keputusan komersial syarikat penerbangan - MOT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718952637_MAHB.jpg)
Laluan penerbangan baharu keputusan komersial syarikat penerbangan - MOT
Keputusan berkenaan juga berasaskan aspek daya maju komersial laluan terbabit.
![Tragedi MH17: Kerajaan Australia ikrar akan terus mencari keadilan Tragedi MH17: Kerajaan Australia ikrar akan terus mencari keadilan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/81668707069_TBjpg.jpg)
Tragedi MH17: Kerajaan Australia ikrar akan terus mencari keadilan
Kerajaan Australia bertekad akan membawa mereka yang bertanggungjawab ke atas targedi MH17 itu ke muka keadilan.
![Fasa kedua projek naik taraf LTSIP dijangka selepas pada Jan 2025 - MOT Fasa kedua projek naik taraf LTSIP dijangka selepas pada Jan 2025 - MOT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721182026_tbMOT.jpg)
Fasa kedua projek naik taraf LTSIP dijangka selepas pada Jan 2025 - MOT
Apabila siap sepenuhnya, terminal baharu LTSIP akan dapat menampung kapasiti sehingga empat juta penumpang setahun.
Ahli Parlimen wajib jalani pemeriksaan kesihatan lagi tahun ini
Semua Ahli Parlimen sekali lagi diwajibkan jalani pemeriksaan kesihatan bagi tahun ini dan jika gagal berbuat demikian nama akan dipaparkan dalam laman web Parlimen, kata Speaker Tan Sri Johari Abdul.
#SisiTVParlimen
#SisiTVParlimen
![La Liga: Kylian Mbappe kini kepunyaan Real Madrid La Liga: Kylian Mbappe kini kepunyaan Real Madrid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721176547_Mbappe.jpg)
La Liga: Kylian Mbappe kini kepunyaan Real Madrid
Pemain berusia 26 tahun itu akan menyarung jersi nombor 9 dan mengakui terpaksa menolak beberapa tawaran daripada beberapa kelab besar.
AWANI Ringkas: Tumpuan sidang Dewan Rakyat hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Niaga AWANI: [Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 17 Julai 2024
Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi naik 1.91 mata kepada 1,631.73 dan bergerak antara paras 1,624.39 dan 1,633.97 sepanjang hari dagangan. Jumlah dagangan menyusut kepada 4.66 bilion unit bernilai RM3.52 bilion daripada 5.36 bilion unit bernilai RM3.95 bilion pada Isnin.
Niaga AWANI: [Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 17 Julai 2024
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata tumpuan pasaran telah beralih ke arah pilihan raya presiden AS menjelang November nanti, yang menunjukkan kebimbangan terhadap Donald Trump berikutan dasar ekonominya yang akan memihak kepada pemotongan cukai dan pengenaan tarif terhadap China.
![Isu minyak sawit: Keluarkan kenyataan reda ketegangan dengan India - Ahmad Jazlan Isu minyak sawit: Keluarkan kenyataan reda ketegangan dengan India - Ahmad Jazlan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-03/61458285330_kelapasawit.jpg)
Isu minyak sawit: Keluarkan kenyataan reda ketegangan dengan India - Ahmad Jazlan
Kerajaan perlu segera mengeluarkan kenyataan untuk menjernihkan ketegangan antara India bagi memastikan negara itu akan kekal membeli minyak sawit dari Malaysia.